Perayaan Deepavali Disambut Secara Sederhana Di Seluruh Negara

Deepavali atau pesta cahaya telah disambut secara sederhana oleh penganut agama Hindu di seluruh negara.

Perayaan yang disambut bagi me­­lambangkan kejayaan ke­­­baikan mengatasi kejahatan itu juga mengekalkan semangat mu­hi­bah dan keharmonian rakyat berbilang kaum menerusi tradisi rumah terbuka.

Namun, di sebalik kemeriahan itu, rasa prihatin dan hormat terhadap mangsa dan keluarga yang terbabit dalam kebakaran di Unit Rawatan Rapi(ICU), Hospital Sultanah Aminah, Johor, Bahru, baru-baru ini tetap dirasa..

Malah, sambutan dan penganjuran rumah terbuka peringkat kebangsaan di Kuala Lumpur dan sambutan peringkat negeri Johor turut dibatalkan sebagai menghormati insiden menyayat hati itu yang mengorbankan nyawa enam pesakit, termasuk tiga pesakit keturunan India.

Di KUALA LUMPUR, ritual keagamaan dan tradisi sambutan tetap diteruskan dengan penganut agama Hindu berkunjung ke kuil seluruh negara sejak awal pagi, sebelum saling kunjung-mengunjungi saudara-mara dan rakan.

Tinjauan di kuil Sri Subramaniyar Swamy, Batu Caves mendapati pelancong asing juga tidak melepaskan peluang meraikan pe­rayaan itu di samping menikmati aneka juadah yang dijual peniaga di kawasan terbabit.

Di SHAH ALAM, antara kuil yang menjadi tumpuan penganut Hindu ialah Kuil Sri Maha Mariamman, Seksyen 7 di sini dan Kuil Sri Agilandeswari, Kapar, Klang dan penganut Hindu turut mengambil kesempat­an mengadakan rumah terbuka untuk menerima kunjungan saudara mara dan sahabat handai.

Di IPOH, penganut Hindu dilihat memenuhi kuil di sekitar bandar ini bagi upacara keagamaan sebelum mengunjungi rumah saudara-mara dan rakan-rakan.

Ketua MIC Ipoh Barat, Datuk G. Rajoo tidak melepaskan peluang untuk mengadakan rumah terbuka di kediamannya di Lim Garden di sini mulai pukul 12 tengah hari hingga 3 petang.

Di PULAU PINANG, kuil-kuil di sepanjang Jalan Kebun Bunga menjadi antara kawasan tumpuan penganut agama Hindu bersembahyang kerana Kuil Arulmigu Balathandayuthapani di kaki bukit di jalan itu ditutup untuk pembinaan.

Tinjauan di Little India, di sini mendapati banyak kedai ditutup dan kelihatan juga orang ramai termasuk pelancong asing bersiar-siar di sekitar Lebuh Queen, Lebuh Chulia and Jalan Pasar yang merupakan tempat tumpuan semasa perayaan Deepavali.

Di KUANTAN, penganut Hindu mulai memenuhi kuil tertua di daerah ini, Kuil Sri Sithi Vinayagar yang dianggarkan berusia lebih 120 tahun bagi upacara sembah­yang mulai pukul 7 pagi.

Pengerusi kuil, S. Gunasundram berkata, persiapan menyambut kehadiran orang ramai bermula seawal pukul 4 pagi yang mana anggota jawatankuasa dan sami akan memulakan ritual memandikan dewa dan dewi di sekitar kuil.

Di SEREMBAN, Pengerusi MIC Negeri Sembilan, Datuk L. Manic­kam turut mengadakan rumah terbuka di pekarangan Pusat Khid­mat Barisan Nasional Dewan Undang­an Negeri Jeram Padang, Bahau. – BERNAMA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s