Najib Razak Puji Sokongan Peminat Moto GP Malaysia

Datuk Seri Najib Razak memuji dan menghargai sokongan peminat Malaysia yang terus membanjiri Litar Sepang bagi menyaksikan perlumbaan MotoGP Dunia pada edisi ke-26 Grand Prix Malaysia tahun ini.

Perdana Menteri berkata, acara itu tidak akan mencapai tahap kejayaan seperti yang dinikmati pada masa ini tanpa semangat dan minat peminat sukan permotoran negara.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua peminat MotoGP dari jauh dan dekat yang datang untuk menyokong pelumba kesayangan mereka.

“Selain itu, peminat juga tidak pernah gagal untuk menggalak rakan dan ahli keluarga datang ke litar untuk menyokong pelumba pilihan mereka secara langsung,” kata Najib dalam kata-kata aluannya pada buku cenderamata MotoGP Malaysia 2016.

Sukan sebagai penyatu sejagat, katanya, beliau turut tidak sabar untuk melihat peminat sukan permotoran negara berkunjung dengan satu suara bagi menyokong pelumba bakat tempatan.

Najib berkata, perlumbaan tahun ini adalah menarik untuk rakyat Malaysia.

“Bagi peminat tempatan, harapan untuk melihat seorang rakyat Malaysia di podium tahun ini adalah tinggi,” katanya sambil merujuk kepada bakat tempatan seperti Khairul Idham Pawi dan Hafizh Syahrin Abdullah.

Menurutnya, pengenalan pelumba-pelumba tempatan sejak tahun-tahun kebelakangan ini, telah mendorong kepada peningkatan jumlah penonton dari tahun 2010 hingga 2015.

Jumlah penonton bertambah dari 105,000 kepada 150,000, iaitu peningkatan 42 peratus dengan pertambahan 15 peratus antara tahun 2014 dan 2015, katanya.

“Sokongan tempatan adalah penting dalam mana-mana sukan utama dan adalah menjadi petanda baik bahawa MotoGP Malaysia telah mencapai sekurang-kurangnya 70 peratus kehadiran penonton tempatan dalam tempoh itu,” kata Perdana Menteri.

Katanya, sebagai perlumbaan eksklusif untuk rantau ini, MotoGP Malaysia bukan sahaja penting untuk Malaysia malah juga kepada ekosistem sukan itu serta industri motosikal di seluruh Asia Tenggara. – BERNAMA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s