Lapan Laporan Polis Bantah Perhimpunan Bersih 5.0 Dibuat

Lapan laporan polis dibuat hari ini bagi membantah dan menyekat penganjuran perhimpunan Bersih 5.0 yang dijangka diadakan di Dataran Merdeka pada 19 November ini.

Laporan berkenaan dibuat oleh lapan pertubuhan bukan kerajaan di Selangor iaitu Alumni 4B Selangor, Persatuan Perpaduan Sejahtera Kebangsaan (PPSK), Persatuan Kebajikan Hindu dan Sosial Selangor (PKHSS), Majlis Belia Selangor Daerah Klang, Belia 4B Kota Raja, Persatuan Kebajikan Warga Emas Muhibbah Selangor, Alumni 4B Kota Raja dan Persatuan Penduduk Jalan Kota Raja.

Naib Pengerusi Alumni 4B Selangor, Ab Rahman Nordin menyifatkan perhimpunan itu adalah tindakan sia-sia yang tidak memberi kebaikan sebaliknya hanya memporak-perandakan negara.

“Jika Bersih 5.0 ini terus dianjurkan, maka akan ada pula Himpunan Baju Merah… kami tidak menyokong mana-mana pihak sebab yang kami mahu adalah untuk hidup aman damai di negara ini,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan di sini. – BERNAMA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s