Laksa Sarawak Rekod Malaysia Akan Dibuang

SATU rekod berjaya dicipta di Sarawak pada Jumaat, apabila sebuah pusat beli-belah terkemuka di negeri itu mencatat nama dalam Malaysia Book of Records kerana menyediakan hidangan laksa Sarawak terbesar.

Menurut laporan portal The Borneo Post, laksa yang mengambil masa hampir 18 jam untuk dimasak itu dianggarkan cukup untuk dimakan 1,500 orang.

Laksa itu dihidangkan dalam sebuah mangkuk yang direka khas, membabitkan penggunaan 225kg bihun dan 80kg ayam, sebagai antara bahan-bahannya.

Namun yang menjadi isu apabila kesemua laksa itu dilaporkan akan dibuang begitu sahaja.

Laporan portal itu turut menyebut, penganjur memberikan alasan laksa itu tidak bersih untuk dimakan.

Ia sekaligus menerima pelbagai reaksi daripada orag ramai, yang rata-ratanya tidak bersetuju dengan tindakan tersebut.

Kata mereka, tindakan penganjur itu dilihat kurang bijak kerana ia merupakan satu pembaziran.

Mencatat rekod, kata mereka adalah satu kejayaan, namun bukan sampai ke tahap pembaziran makanan.

Tinjauan di akaun Facebook pusat beli-belah itu mendapati, netizen membanjiri ruang komen dengan pendapat masing-masing.

Acara memasak laksa Sarawak terbesar itu disaksikan oleh Menteri Kerajaan Tempatan, Datuk Dr Sim Kui Hian, dengan penyerahan sijil MBR dilakukan oleh wakilnya, Mohamad Alex Edward.

Ia bertujuan mempromosikan juadah tradisi Sarawak itu ke peringkat antarabangsa, selain mempromosikan Sarawak sebagai destinasi pelancongan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s