Hina Sultan Pahang, NGO Buat Laporan Polis

Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membuat laporan polis atas penyebaran komen berunsur menghina yang ditujukan kepada kerabat diraja Pahang menerusi laman sosial Facebook baru-baru ini.

Komen tersebut yang dimuat naik oleh pengguna akaun bernama Khairul Nazzim Ahmad dianggap merendah-rendahkan dan memalukan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah dan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Wakil Badan Kebajikan Kebajikan Kerabat-Kerabat Negeri Pahang, Tengku Shah Rizal Tengku Jamaluddin berkata, dia mula sedar akan penghinaan berkenaan pada 24 Oktober lalu, yang juga merupakan hari ulang tahun keputeraan Sultan Pahang.

“Saya dan kerabat lain amat dukacita dengan penyebaran dalam Internet yang mengaitkan Tuanku, lebih-lebih lagi Tuanku tidak begitu sihat.

“Pengguna akaun berkenaan mengeluarkan komen yang sangat memalukan dan saya fikir keadaan ini sekiranya tidak dibendung boleh mewujudkan budaya yang sangat tidak sihat dalam kalangan masyarakat.

“Saya amat berharap pihak polis dan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) mengambil tindakan tegas mengikut peruntukkan undang-undang supaya ia dapat menjadi pengajaran kepada orang ramai,” katanya..

Menurut Shah Rizal, pemerhatian pihaknya mendapati akaun Facebook berkenaan baharu sahaja dibuka dan jarang-jarang digunakan.

Komen menghina yang dikeluarkan turut menerima kecaman daripada pengguna Facebook lain yang rata-rata mengharapkan supaya tindakan segera dapat diambil. – K! ONLINE

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s