Amar Baharin Dan Amyra Rosli Bakal Bersanding Di Singapura

Tinggal lebih kurang dua minggu sahaja lagi, pasangan sepadan Amar Baharin dan Amyra Rosli akan disatukan sebagai suami isteri. Pastinya mereka kini sedang sibuk dengan persiapan untuk majlis pernikahan dan perkahwinan tersebut.

Namun yang lebih sibuk sudah pastilah ibu kepada Amyra sendiri, yang juga merupakan pengurus untuk Amar juga yang lebih mesra dengan panggilan Kak Noor.

“Alhamdulilah segala-galanya berjalan lancar. Sekarang sibuk nak edarkan kad perkahwinan. Dan alhamdulilah juga, ramai yang nak taja itu ini untuk majlis ini. Kak Noor anggap rezeki merekalah tu. Tapi sebenarnya kami buat yang sederhana sahaja. Yang penting, berjalan lancar dan dapat memuaskan hati semua tetamu yang hadir nanti.

“Nak puaskan hati semua pihak, kita cuba yang terbaik. Jadi sebab itulah, ada pula peminat dari Singapura yang nak buatkan majlis sanding Amar – Amyra di sana. InsyaAllah, sebab peminat dari Singapura pun ramai yang beri sokongan pada Amar – Amyra. Nak ajak mereka datang ke majlis di KL, takut tak cukup tempat, jadi ada pihak yang nak buatkan di sana terus. InsyaAllah, kita cubalah memudahkan semua orang,” ujar ibu Amyra ini lagi.

Amar Baharin, 31, dan Amyra Rosli, 25, bakal dinikahkan pada 11 November depan. Pada 12 November, majlis resepsi sebelah Amyra dan pada 19 November pula, majlis resepsi sebelah Amar. Majlis di Singapura akan dimaklumkan kemudian.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s