Sekitar Daerah Maran Akan Mengalami Gangguan Bekalan Air

Sebanyak 18 kawasan di sekitar daerah Maran akan mengalami gangguan bekalan air pada Rabu dan Khamis ini.

Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) dalam satu kenyataan media hari ini berkata, gangguan berpunca daripada kerja pembaikan paip pengepaman yang bocor di Loji Air Jengka Utama, dekat Maran.

“Gangguan akan berlaku antara jam 11 pagi Rabu hingga 11 pagi (Khamis) ini.

“PAIP meminta pengguna menyimpan air secukupnya untuk tempoh berkenaan.

“Antara kawasan terbabit ialah FELDA Jengka 10, 14, 15, 16, 20, 21, 22, 24 dan 25.

“Gangguan turut dijadualkan di kawasan Rumpun Makmur, Bandar Pusat Jengka, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Jengka, kawasan perindustrian Rantau Perintis, Desa Jaya, Taman Jengka Impian 1 dan 2 serta kawasan sekitar,” katanya.

Sebanyak 7,291 akaun terbabit dengan gangguan bekalan itu dan orang ramai yang mempunyai pertanyaan diminta menghubungi talian Pusat Khidmat Pelanggan (PULAPEL) di talian 09-573 9999.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s