Pesawat American Airlines Terbakar!!

Sekurang-kurangnya 20 cedera selepas sebuah pesawat milik syarikat penerbangan American Airlines Boeing 767 yang sedang dalam perjalanan ke Miami terbakar ketika cuba untuk berlepas dari lapangan terbang Chicago’s O’Hare, Amerika Syarikat pada Jumaat.

Ketika kejadian, pesawat itu sedang membawa 161 penumpang dan sembilan anak kapal, kata pegawai kecemasan.

Ramai yang cedera dikatakan mengalami kesan lebam dan cedera di bahagian kaki. Ia dialami ketika mereka sedang bergegas turun menggunakan tangga lunsur kecemasan.

Punca kejadian masih belum dikenal pasti dengan beberapa maklumat awal yang bercanggah.

Persekutuan Pentadbiran Penerbangan Amerika Syarikat (FAA) berkata ia berpunca dari salah sebuah tayar pesawat meletup, namun pihak penerbangan mendakwa ia berpunca dari bahagian enjin setelah berlaku kebocoran bahan api.

Satu siasatan lanjut sedang dijalankan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s