Muzik Video Lagu Terbaru Liyana Jasmay Bernilai 70k

Nama pelakon dan penyanyi, Liyana Jasmay, bukan lah satu nama yang baru lagi dalam industri hiburan tempatan.. Pada Julai lalu, Liyana telah terbang ke Los Angeles, Amerika Syarikat untuk melakukan penggambaran dua muzik video lagu terbarunya, ‘Oh Nana’ dan ‘Selesa Tanpa Mu’..

Amboii Liyana.. Sampai ke luar negara bikin muzik video noh.. Mesti memerlukan kos yang tinggi untuk muzik video terbarunya ni kan.. Miss dengar kos untuk muzik video Liyana dikatakan sekitar RM70 ribu.. Terbeliak mata Miss dengar duit sebanyak tu dilaburkan hanya untuk muzik video.. Huhhuhu..

Gara-gara bikin muzik video di luar negara, ada sesetengah pihak mendakwa Liyana sengaja mengambil kesempatan ke atas keluarganya yang kaya raya.. Liyana memang anak orang kaya pun, suami dia pun sama.. Jadi tak hairanlah dia sanggup melabur puluhan ribu ringgit untuk menghasilkan muzik video saja..

Bila ditanyakan kepada tuan empunya badan mengenai isu ini.. Liyana tampil menafikan perkara ini..

Katanya, ini adalah atas usaha gigih dan inisiatif sendiri untuk menghasilkan sesuatu yang baru buat industri muzik tanah air.. Kos untuk menghasilkan muzik video tu pun dikatakan biasa-biasa jer kerana dia mengenali seorang kenalan yang sedang belajar di sana, bagi memudahkan urusan dorang untuk menjalankan penggambaran muzik video di sana..

Bagi Liyana, 70 ribu tu sikit jer lah.. Miss dengar dalam muzik video tu pun menampilkan seorang jejaka mat saleh.. Hebat Liyana! U’olls tunggu je lah muzik video terbaharu Liyana nanti yer.. Berbaloi ke tidak dengan kosnya ke luar negara untuk bikin klip video tu!! – Misshana/Utaranews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s