‘Mat Cangkul’ Dijadikan Permainan Telefon Bimbit

TIDAK boleh dinafikan, rakyat Malaysia mempunyai tahap kreativiti yang sangat tinggi. Pantang timbul saja isu yang trending, ia pasti akan dipergunakan sepenuhnya untuk menyerlahkan sisi kreatif itu.

Terbaharu, viral kisah Mat Cangkul yang cuba menyerang seorang petugas pembekal air  di Johor turut menjadi inspirasi.

Buktinya, ia dijadikan permainan aplikasi di telefon pintar yang dinamakan Cangkul Warrior.

Kewujudan permainan itu mula disedari dua hari lepas dan netizen beramai-ramai memuat turun permainan itu.

Cangkul Warrior memaparkan latar belakang seperti di sebuah kawasan perkampungan, dengan watak si hero mengejar ‘mangsanya’ menggunakan cangkul.

Tidak dapat dipastikan siapa yang membangunkan permainan ini, namun ia sudah mula boleh dimuat turun melalui Google Play.

Justeru, buat masa ini, hanya pengguna Android yang dapat berseronok dengan permainan ini.

Setakat ini, ia diberi rating 4.9 oleh pengguna.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s