Krisdayanti Bakal Lakukan Persembahan Di Istana Budaya

Penyanyi terkenal Indonesia, Krisdayanti menjanjikan persembahan luar biasa dan istimewa kepada para peminatnya, pada malam Konsert Romansa Krisdayanti Februari tahun hadapan.

Konsert berskala besar berdurasi tiga jam yang dijadualkan berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya pada 24 hingga 26 Februari 2017 itu dikatakan bakal mencatat sejarah peribadi Krisdayanti sendiri kerana, lebih 25 lagu popular akan dinyanyikan.

Lebih menarik lagi, konsert solo pertama penyanyi berusia 41 tahun ini juga bakal diiringi sepenuhnya oleh penggiat muzik Malaysia, termasuk Aubrey Suwito yang bakal bertindak sebagai pengarah muzik.

Krisdayanti dalam kenyataannya kepada media ketika ditemui pada majlis sidang media konsert itu di Jakarta, Indonesia hujung September lalu, berkata persembahan istimewa ini adalah hadiah buat peminat yang merindui persembahannya.

“Bukan sekadar lokasinya di Istana Budaya yang begitu berprestij dan menjadi impian saya selama ini, malah konsert Krisdayanti Romansa 2017 ini nanti adalah satu sejarah dalam kerjaya nyanyian saya sendiri kerana buat julung kalinya saya bakal mengadakan persembahan sepanjang tiga malam berturut-turut. Ia adalah sesuatu yang luar biasa dan teramat istimewa khususnya buat peminat muzik saya.

“Saya juga menjanjikan sebuah persembahan yang tidak pernah saya lakukan sebelum ini dengan menampilkan kesemua karyawan muzik dari Malaysia sepenuhnya yang bakal bekerjasama dalam konsert ini. Ia begitu tersendiri, magis dan indah buat peminat saya di Malaysia nanti,” katanya.

Krisdayanti bakal menyampaikan lebih 25 buah himpunan lagu popularnya termasuk Menghitung Hari, Hati Ini Telah Dilukai, Mencintaimu, Aku Wanita Biasa, Cinta, Pilihlah Aku dan banyak lagi.

Malah, Krisdayanti menerusi konsert yang dibawakan oleh Neo Global Sdn Bhd dan Belbis Sdn Bhd ini akan turut mengundang beberapa bintang ternama Malaysia untuk turut sama memeriahkan tiga malam persembahan eksklusif itu nanti.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s