Dua Rakyat Malaysia Ditangkap Cuba Seludup Dadah Ke Bali

Pegawai Kastam dan Eksais di Lapangan Terbang Antarabangsa I Gusti Ngurah Rai di Denpasar, Bali, menahan dua rakyat Malaysia kerana cuba menyeludup dadah ke pulau peranginan itu, menurut laporan Jakarta Post..

Aliff Affan Azhar dan Muhammad Shahzadi Shariff dilaporkan ditangkap sebaik tiba di lapangan terbang itu dengan menaiki pesawat Malaysia Airlines MH 851 dari Kuala Lumpur pada 20 Oktober.

Ketua Kastam dan Eksais Ngurah Rai Budi Harjanto berkata, pegawainya menemui 70.67g ganja, 2.89g methamphetamine kristal, 15 pil ekstasi dan 150 pil nimetazepam (Happy 5) pada mereka.

“Mereka didakwa menyembunyikan ganja itu di dalam stokin. Sementara meth kristal, pil ekstasi dan Happy 5 ditemui di dalam bagasi Aliff,” kata Budi pada satu sidang media.

Akhbar Indonesia itu memetik beliau berkata, kedua-dua suspek menunjukkan tingkah laku yang mencurigakan apabila bagasi mereka melalui mesin X-ray.

Pegawai-pegawai Kastam dan Eksais itu kemudiannya menjalankan pemeriksaan lanjut pada beg mereka dan turut menjalankan pemeriksaan badan ke atas kedua-dua suspek.

Polis Bali bahagian dadah dilaporkan bersedia untuk meneruskan siasatan memandangkan kedua-dua suspek dan bahan bukti telah diserahkan oleh pegawai kastam kepada polis pada Jumaat.

Jika didapati bersalah, masing-masing suspek boleh dikenakan hukuman maksimum 15 tahun penjara dan denda Rp 10 bilion (US$765,404).

Mereka akan didakwa kerana melanggar Artikel 113 (1) undang-undang narkotik 2009.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s