BERIBU AHLI PPBM BERSEDIA UNTUK KELUAR PARTI IKUT JEJAK KHAIRUDIN

TINDAKAN seorang anak didik Tun Dr Mahathir Mohamed, Datuk Seri Khairudin Abu Hassan keluar dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) amat mengejutkan ramai penyokong bekas Perdana Menteri itu.

Masakan tidak, Khairudin yang dikenali sejak dahulu merupakan seorang ‘budak suruhan’ Mahathir yang amat setia sehingga sanggup melakukan apa sahaja demi mencapai cita-cita peribadi Pengerusi PPBM berkenaan.

Logik akal, kenapa seorang ‘budak suruhan’ bertindak keluar serta merta dari parti pemimpin kesayangannya, melainkan pasti ada yang tidak kena dengan parti dan pemimpin berkenaan.

Walau apapun alasan yang diberikan kepada pihak media, yang pastinya tindakan Khairudin membuktikan di dalam PPBM sudah mula menular virus dan barah yang banyak ‘memberi harapan palsu’ buat ahlinya.

Tindakan Khairudin ini dikhabarkan telah menarik minat ribuan ahli PPBM yang lain untuk turut keluar parti. Walaupun mereka baru sahaja menandatangani borang keahlian parti pembangkang tersebut, namun menurut sumber-sumber dalaman yang ditemui penulis, mereka ini sudah tidak tahan dengan tindakan Mahathir dan Muhyiddin yang amat berbeza berbanding semasa mereka dalam UMNO dahulu. Tapi, tidak perlulah penulis ceritakan di sini.

Pada mula ceritanya, ribuan ahli PPBM berkenaan sudah lama berhasrat untuk keluar parti disebabkan kepincangan dalam parti, namun mereka berasa malu berbuat demikian lebih-lebih lagi kepada parti lama mereka yakni UMNO.

Bagi mereka inilah masa paling sesuai untuk bertindak dengan menggunakan alasan ‘mengikut jejak’ Khairudin keluar parti, sedangkan mereka sebenarnya tidak mampu lagi untuk terus bersarang lama dalam sebuah parti yang bukan memperjuangkan anak bangsa sebenarnya, tetapi ‘ada udang disebalik batu’.

Bagaimanapun, tarikh dan tempat untuk ribuan ahli PPBM itu akan keluar parti, masih belum lagi diterima kerana dipercayai ia masih lagi dalam proses pengumpulan setakat ini.

Maklumat yang mengejutkan ini telah menjadi bahan bukti bahawa PPBM bukanlah sebuah parti yang ditubuhkan untuk perjuangan agama, bangsa dan negara; sebaliknya ia hanyalah berfungsi sebagai platform untuk cita-cita peribadi Mahathir menjelang fajar tahun 2020.

Apa impian Mahathir ketika fajar tahun 2020? Mungkin ramai orang tahu Wawasan 2020 adalah mahu menjadikan Malaysia sebuah negara maju sahaja. Namun tersiratnya jauh menjangkaui daripada itu. Perkataan ‘wawasan’ itu juga sebenarnya membentuk sebuah tanda tanya yang besar, dan ia tersemat sebuah kehendak peribadi Mahathir yang amat jijik serta tidak patut.

Jadi, penulis mengucapkan selamat berhijrah kepada ribuan ahli PPBM yang sudah mula insaf dan bakal kembali ke pangkal jalan. Tahniah!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s