Wanita Cantik Dihukum Mati Selepas Didapati Bunuh Kawan Sendiri

Seorang wanita dihukum penjara selama 20 tahun selepas didapati bersalah membunuh rakannya dengan kopi beracun.

Jessica Kumala Wongso, 27, yang juga warga Australia didakwa membunuh Wayan Mirna Salihin dengan meletak racun sianida ke dalam minuman mangsa di sebuah kedai kopi di Jakarta pada Januari lalu.

“Tindakan defendan amat kejam dan tidak boleh diterima kerana dilakukan terhadap rakan karibnya sendiri,” kata Hakim, Kisworo ketika membacakan keputusan di mahkamah yang penuh sesak dengan orang ramai dan wartawan.

Pendakwaraya berkata, Jessica memutuskan untuk membunuh Wayan selepas mangsa menasihatkan defendan untuk berpisah dengan teman lelaki yang terlibat dengan dadah dan jenayah itu telah dirancang dengan teliti.

Jessica bagaimanapun tidak berpuas hati dengan keputusan itu dan peguamnya memberitahu mereka telah bersedia untuk mengemukakan rayuan terhadap hukuman tersebut.

Kisah pembunuhan ala opera sabun melibatkan dua sahabat karib dari keluarga golongan elit itu mendapat liputan meluas media di Indonesia dan disiarkan secara langsung oleh stesen televisyen di negara itu.

Pihak berkuasa Australia turut terlibat membantu siasatan kes tersebut selepas pentadbiran Presiden Joko Widodo memberi jaminan bahawa Jesicca tidak akan dikenakan hukuman mati jika didapati bersalah. – AFP

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s