Ucapan Terakhir Kang Gary Untuk Peminat Running Man

t

y

Baru-baru ni, peminat rancangan realiti hiburan ‘Running Man’ dikejutkan dengan berita sedih, bila Kang Gary membuat keputusan untuk meninggalkan rancangan tersebut setelah enam tahun bersama.. Itu yang bikin para peminat rancangan tersebut dalam kesedihan sekarang..

Ramai yang tak dapat menerima berita ‘sedih’ tu.. Sampaikan Miss tengok di Youtube, banyak video-video sedih yang berkaitan dengan Gary.. Begini lah peminat kalau terlalu obsess dan sayangkan artis kesayangan dorang.. Susah dorang nak terima kenyataan!

Setelah beberapa hari berita ‘sedih’ ni menjadi bualan hangat.. Akhirnya Gary tampil bersuara di laman sosial Instagramnya.. Korang baca status yang dimuat naik Gary tu, sedih pulak Miss baca.. Huhuhu…

Gary memohon maaf kerana meninggalkan Running Man secara tiba-tiba.. Oleh itu, dia dengan seikhlas hati mengucapkan terima kasih kepada para peminatnya dan bersyukur dengan perhatian yang diterima selama tujuh tahun bersama rancangan tersebut..

Untuk tidak menghampakan peminatnya dengan keputusan yang dia buat.. Gary berjanji akan buat yang terbaik dengan jalan yang dia pilih.. Gary akan buat sehabis baik dengan apa saja yang dilakukan beliau pada masa akan datang..

Akhir sekali, sempat lagi Gary berpesan supaya orang ramai terus memberikan sokongan terhadap rancangan ‘Running Man’ dan ahli-ahli ‘Running Man’ yang sedia ada.. Tak apa lah Gary, dia berhak untuk pilih jalan yang dia rasa terbaik untuk dirinya.. U’olls sebagai peminat perlu memberi sokongan kepada Gary dalam apa jua bidang yang dia ceburi.. – Misshana/Utaranews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s