Ryan Giggs Dan Gary Neville Bakal Buka Hotel Dan Kafe Di Malaysia

Siapa peminat tegar bola sepak, sudah tentu mengenali pemain lagenda bola sepak Ryan Giggs dan Gary Neville yang telah bermain sekian lama dengan pasukan Manchester United (MU).. Dua pemain legenda ni bakal membuat kejutan di Malaysia.. Korang nak tahu apa bendanya??

Miss dengar kata, dua pemain legenda ni bakal membuka beberapa hotel dan kafe di Asia termasuk Malaysia.. Ia hasil kerjasama dengan usahawan Singapura, Peter Lim.. Tak lama lagi Ryan dan Gary bakal melancarkan hotel dan kafe bertemakan bola sepak di Singapura pada tahun depan..

Ini bukannya pertama kali dorang membuka hotel dan kafe.. Kafe pertama dorang ialah, Café Football dibuka di Westfield Stratford, London pada Oktober 2013.. Lepas tu dorang buka pulak Hotel Football pada Disember 2014.. Hotel tu dikatakan bersebelahan dengan padang Old Trafford..

Selain itu, rakan seperjuangan dorang daripada generasi pemain yang dikenali sebagai “Class of 92”, Philip Neville, Paul Scholes dan Nicky Butt pun dikatakan turut terlibat dalam projek Hotel Football di Manchester..

Apa yang lagi menarik tu, kerjasama antara Ryan dan Gary dengan Rowsley Ltd yang dimiliki oleh Lim, ada membuka sebuah lagi kafe bola sepak di Muzium Bola Sepak Kebangsaan di Manchester.. Alahhaii.. Kayanya dorang, bersepah-sepah hotel dan kafe milik dorang yer.. Huhuhu..

Dek kerana dorang mendapat sambutan hebat di Manchester, itu sebab lah dorang nak melebarkan sayap ke seluruh UK, Eropah dan Asia dalam masa 12 hingga 18 bulan akan datang.. Sudah tentu lah dapat sambutan, tengok lah siapa pemiliknya pulak.. Pemain legenda kot!! – Misshana/Utaranews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s