Ramona Zamzam Buta Agama!!

u

u1

u2

Dah lama Miss tak dengar cerita pasal pelakon cantik Ramona Zamzam, selepas dia berkahwin.. Apa lah perkembangan terbarunya yer?? Senyap menyepi jer.. Dia dah tak nak babitkan diri dalam industri hiburan lagi ke?? Miss tengok dah lama dia tak berlakon..

Tup-tup hari ni kecoh bila satu gambar Ramona tengah memegang anjing yang dimuat naik di laman sosial Instagram Ramona.. Korang tengok gambar ni, anjing jenis Siberian Husky tu memang lah comel tapi gara-gara gambar tu jugak lah yang membuatkan peminat Ramona bergaduh besar di laman sosial Instagram..

Rata-rata peminat memberi pandangan sendiri tentang tindakan Ramona memegang anjing.. Ada yang mengkritik Ramona dengan teruk kerana dah tak tahu hukum halal dan haram lagi.. Sesetengah tu pulak mengatakan tak haram, kalau kedua-duanya dalam keadaan kering.. Lagi pun boleh samak..

Gambar ni diambil ketika Ramona bercuti bersama suaminya di Italy.. Ada jugak yang mengganggap Ramona sengaja muat naik gambar ni gara-gara nak tarik perhatian peminat.. Agaknya lah! Ramona kan dah lama menyepi, mungkin dia nak tarik perhatian dengan gambar ni untuk menaikkan namanya kembali..

Yela, gambar yang dimuat naik tu memang akan mengundang kontroversi panas.. Walaupun peminat Ramona bergaduh besar di laman sosial Instagram beliau.. Sampai sekarang pelakon itu hanya berdiam diri.. Miss rasa Ramona sedang menyusun ayat agaknya untuk tampil bersuara.. Takut tersalah cakap, nanti tak pasal-pasal kena kecam lagi.. Hihihi.. – Misshana/Utaranews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s