Projek Kecil Dalam Bajet 2017 Akan Disiapkan Dengan Kadar Segera

projek-kecil

Peruntukan yang besar telah diumumkan dalam bajet 2017 merangkumi beberapa faktor termasuk infrastruktur, ekonomi, pendidikan dan perumahan kepada penduduk luar bandar. Peruntukan untuk luar bandar ini berjumlah RM9 billion, dengan jumlah yang besar transformasi membandarkan luar bandar akan berjaya dilaksanakan oleh kerajaan.

Menurut Kementerian Luar Bandar dan Wilayah, DS Ismail Sabri Yaakob, Bajet 2017 menunjukkan kerajaan memberikan perhatian yang istimewa kepada masyarakat luar bandar.. Ia juga menunjukkan kerajaan prihatin dan benar-benar mendengar denyut nadi serta suara rakyat.

Sehubungan itu, kerajaan akan menumpukan kepada projek pengukuhan rakyat.. Di mana projek-projek kecil untuk rakyat luar bandar akan disiapkan dengan kadar segera, seperti mana yang terkandung di dalam Bajet 2017. Keprihatinan kerajaan ini semestinya merupakan berita gembira kepada seluruh rakyat luar bandar.

Adanya tindakan awal, masalah rakyat luar bandar sudah pasti dapat diselesaikan dengan kadar segera. Persekitaran di kawasan luar bandar juga akan lebih kondusif dengan pelbagai aksesibiliti dan kemudahan. Seperti pembangunan modal insan dan aktiviti ekonomi dapat berkembang.

Sekiranya menaik taraf kawasan kampung berjaya dilakukan sepenuhnya pada tahun hadapan, sudah pasti ia akan menggalakkan generasi muda untuk terus tinggal di kawasan luar bandar kerana mereka mempunyai infrastruktur yang lengkap bagi membina masa depan di sana. Mereka juga tidak perlu bersusah payah untuk bersaing di kawasan bandar yang semakin sesak dengan kepadatan penduduk.

Projek kecil yang akan dilaksanakan segera oleh kerajaan ini, sedikit sebanyak akan memberi pandangan positif rakyat luar bandar terhadap Bajet 2017. Rata-rata pandangan pembangkang sebelum ini menuduh kerajaan hanya memberi bajet gula-gula dan harapan palsu. Namun dengan adanya tindakan awal seperti ini, rakyat luar bandar tidak lagi terkeliru dan boleh menyangkal dakwaan pembangkang terhadap kerajaan itu. – HanezDot/Utaranews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s