Penganjur Bersih 5 Tak Kisah PAS Boikot Demonstrasi

5-copy

Mungkin sekadar mahu mengubati kekecewaan apabila siri jelajah dan konvoi mereka yang hambar di seluruh negara, penganjur Bersih 5 hari ini mendakwa demonstrasi mereka akan tetap berjaya walau tanpa PAS.

Ketika menjawab soalan media, Timbalan Pengerusi Bersih, Shahrul Aman Mohd mendakwa ramai penyokong melayu yang bukan dari kalangan penyokong PAS akan hadir di demonstrasi itu nanti.

Beliau juga berkata bahawa pengaruh PAS dikalangan rakyat juga semakin berkurangan, dan ia tidak akan menjadi masalah untuk Bersih 5 mendapat sokongan dari orang melayu parti lain.

Menurutnya, PAS juga bukan mewakili semua orang melayu didalam negara, jadi Bersih 5 langsung tidak bimbang walaupun PAS bertindak memulaukan mereka.

Sebelum ini siri jelajah Bersih 5 langsung tidak mendapat sambutan di semua negeri di utara semenanjung, termasuklah di P.Pinang yang mempunyai majoriti penduduk kaum cina.

Ceramah anjuran Bersih 5 di negeri ini juga lengang apabila hanya sekitar 100 orang sahaja yang hadir, termasuklah para wartawan dan juga Polis bantuan.

Penyokong-penyokong Bersih 5 yang kecewa kemudiannya mula menyalahkan kumpulan baju merah yang mereka sifatkan sebagai pengacau didalam aktiviti jelajah tersebut.

Hanya siri jelajah di Pahang dan Johor sahaja menyaksikan peningkatan peserta Bersih 5 yang dianggarkan seramai 300 orang.

Presiden PAS, DS Abdul Hadi Awang baru-baru ini menghalang penyokong serta ahli-ahli PAS menyertai sebarang acara anjuran Bersih 5. Ini kerana NGO Bersih disifatkan sebagai sudah lari dari perjuangan asal. – Utaranews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s