Ng Wei Aik Seorang Wakil Rakyat Yang Lurus Bendul Dan Bodoh

wakil-dap

Pembantu kepada Datin Seri Rosmah Mansor, Datuk Rizal Mansor menyifatkan Ahli Parlimen Tanjong Ng Wei Aik sebagai seorang pemimpin yang lurus bendul, apabila tidak dapat membezakan diantara bahasa realiti atau pun cakap sindiran. Beliau dilihat begitu naif kerana cuba memainkan isu remeh tersebut.

Sebelum ini Rosmah menjawab pertanyaan dakwaan siapa isteri kepada Malaysian Officer 1 (MO1). Beliau dikatakan menjawab dengan bahasa sindiran, iaitu mengakui dirinya adalah isteri kepada MO1. Menerusi kenyataan itu, wakil DAP cuba memainkan isu yang tidak berasas ini ketika di Parlimen.

Isu remeh seperti ini tidak perlu dibawa sehingga ke Parlimen kerana perkara ini akan memalukan semua barisan pemimpin DAP kerana mempunyai wakil rakyat yang naif mempercayakan bahasan sindiran. Bukan saja pemimpin DAP ini lurus bendul tetapi mempunyai tahap mentaliti dan IQ yang rendah, ini menunjukkan barisan pemimpin DAP sememangnya seperti badut.

Mengaitkan Rosmah dalam hal ini tidak relevan sama sekali, dan memberi gambaran yang jelas penyebab rakyat menolak pemimpin pembangkang. Mereka cepat menyebarkan fitnah dan sanggup melihatkan diri mereka bodoh di khalayak ramai dengan membawa isu seperti ini untuk dibahaskan.

Nampak sangat wakil DAP bodoh kerana termakan dengan kata-kata sindiran oleh DS Rosmah Mansor. Hakikatnya pemikiran DS Rosmah Mansor lebih bijak kerana berjaya membuktikan wakil DAP ni ternyata seorang yang lurus bendul kerana tidak boleh membezakan perkara sekecil itu, sampaikan sanggup bermegah-megah dengan jawapan sindiran yang diberikan Rosmah.

Sehubungan itu, Rizal juga menempelak wakil DAP dengan gambaran Ahli Parlimen Tanjong masih tidak layak menjadi wakil rakyat dan belum sampai masanya taraf itu diberikan kepada beliau. Sepatutnya DAP mencari wakil rakyat yang lebih bijak dan peka dengan isu yang akan dibangkitkan, apa yang dapat dilihat sekarang pemimpin DAP sanggup membodohkan diri untuk mempolitikkan sesuatu isu. – HanezDot/Utaranews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s