Megan Fox Tayang Wajah Anak Untuk Kali Pertama

Selebriti Hollywood terkenal, Megan Fox akhirnya mendedahkan wajah anak bongsunya kepada dunia.. Megan memuat naik gambar anak ketiganya yang diberi nama, Journey River Green di laman sosial Instagram baru-baru ini..

Ini lah selfie pertama Megan bersama anaknya yang baru berusia tiga bulan tu.. Korang tengok jer lah gambar anaknya tu, comel macam ibu dia jugak.. Geram Miss tengok mata bulat dan pipi anak Megan.. Rasa macam nak cubit-cubit je.. Hahaha..

Miss tengok Megan pun tampil sederhana jer dalam gambar tu.. Simple jer penampilan dia, make-up pun tak tebal.. Tak macam sesetengah selebriti terkenal lain, nak nampak ‘hebat’ jer lebih.. Kalau Kim Kardashian nak tayang anak dia, wajib sekali dengan barang mahal dia tayang..

Kalau korang nak tahu, Journey lahir pada Ogos lalu di Los Angeles.. Kehadiran Journey telah melengkapkan keluarga kecil Megan dan suaminya, Brian Austin green, yang sebelum ini sudah dikurniakan dua orang anak iaitu Noah Shannon (4) dan Bodhi Ransom (2).. – Misshana/Utaranews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s