Mayat Lelaki Melayu Bunuh Diri Di Jambatan Kedua P.Pinang Ditemui

Anggota bomba dan penyelamat menemui mayat seorang lelaki yang mati lemas selepas terjun dari Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (JSAHMS) di sini, pada Selasa lalu.

Mayat mangsa, Mohd Sukri Saad, 38, ditemui kira-kira satu batu nautika dari kawasan mangsa dikatakan terjun, jam 9.02 pagi tadi.

Komander Operasi Bomba dan Penyelamat, Penguasa Bomba Kanan Dua, Isharuddin Ismail, berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Sungai Bakap untuk bedah siasat.

Dalam kejadian jam 8.30 pagi, Selasa lalu, pasukan peronda JSAHMS menemui sebuah motosikal jenis Modenas bernombor pendaftaran PHM 6667 serta telefon bimbit yang ditinggalkan di tepi jalan jambatan berkenaan.

Mangsa juga dipercayai sempat memuat naik status di laman sosial Facebook dan meluahkan rasa tertekan kerana berhadapan dakwaan memiliki rokok seludup, sebelum ia kemudiannya menjadi viral.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s