Khairuddin Keluar Bersatu Kerana Tak Setuju Dengan Muhyiddin?

6-copy

Penyokong kuat Tun Mahathir, Khairuddin Abu Hassan mencatat sejarah sebagai Penaja parti yang paling cepat keluar dari parti yang ditubuhkannya.

Dengan alasan mahu menumpukan kepada kes Mahkamah, Khairuddin dibidas pelbagai pihak terutamanya dari penyokong-penyokong Pakatan sendiri.

Menganggap Khairuddin sebagai ‘lalang’ dan manusia tidak berpendirian, ada juga penyokong Pakatan mendakwa bahawa orang kanan Mahathir itu mungkin telah ‘dibeli’ oleh BN.

Ada juga desas-desus mengatakan penarikan diri Khairuddin dari Bersatu bersangkut paut dengan bekas Timbalan Perdana Menteri, TS Muhyiddin Yassin.

Menurut info tak rasmi, Khairuddin dikatakan kurang senang dengan banyak tindakan Muhyiddin yang terlampau rapat dengan DAP dan juga tidak mengikut perancangan awal Bersatu.

Bagi kebanyakan penyokong Pakatan pula, mereka berpendapat bahawa alasan mahu menumpukan pada kes mahkamah merupakan alasan yang sangat dangkal dan tidak munasabah.

Ada benarnya juga kerana Khairuddin boleh saja menjadi ahli biasa dan tak perlu keluar dari parti Bersatu, sehingga merosakkan imej parti yang baru ditubuhkan oleh Mahathir tersebut.

Lagipun, ramai pemimpin pembangkang yang masih didalam perbicaraan mahkamah tetapi tetap kekal didalam parti. Contohnya Lim Guan Eng yang sehingga kini kekal menjadi Ketua Menteri P.Pinang.

Khairuddin juga sepatutnya mengikut tindakan Ketua Umum Pakatan, iaitu Anwar Ibrahim yang tetap istiqomah didalam penjara tanpa langsung memikirkan untuk berundur diri dari politik PKR.

Besar kemungkinan, apa yang dilakukan oleh Khairuddin ini akan menyebabkan ramai ahli Bersatu hilang kepercayaan terhadap parti. Tak mustahil akan berlaku keluar parti beramai-ramai nanti. – Utaranews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s