Kerajaan DAP Mahu Hapuskan Semua Bukit Di P.Pinang?

2-copy

Semenjak negeri ini diperintah oleh kerajaan DAP pimpinan Lim Guan Eng, kawasan hutan dan juga bukit terjejas dengan sangat teruk akibat dari kerakusan mereka melakukan pembangunan.

Ini menyebabkan pelbagai bencana alam mula berlaku di negeri ini sehingga ia mengancam keselamatan serta ketenteraman penduduk sekitar.

Banjir kilat, rekahan jalan serta tanah runtuh sudah kerap kali berlaku hinggakan ianya menimbulkan rasa kurang senang dan juga rasa gusar dikalangan rakyat P.Pinang sendiri.

Oleh kerana itulah, Ahli Majlis Bandaraya P.Pinang Lim Mah Hui, hari ini mendesak Kerajaan DAP negeri supaya mengeluarkan pernyataan awam mengenai dasar pembangunan bukit.

Lim mendedahkan, penerokaan haram keatas hutan dan tanah bukit oleh pemaju kini berada ditahap yang sangat serius dan perlu dibendung oleh pihak berwajib.

Ujar Lim, pembinaan bangunan serta penempatan berlebihan dikawasan tanah serta lereng bukit juga akan mengancam pembangunan mampan dan merugikan semua pihak dalam jangka masa panjang.

Menurut Lim lagi, P.Pinang kini tidak lagi bersih dan hijau seperti yang didakwa oleh kerajaan DAP dan Lim Guan Eng, sebaliknya lebih teruk dari dahulu akibat pencerobohan hutan serta penerokaan tanah bukit yang rakus.

Statistik terkini dari Jabatan Perhutanan menunjukkan negeri ini hanya mempunyai 7.4 peratus tanah hutan, dan 6 peratus daripadanya adalah hutan simpan yang dilindungi.

Malangnya, slogan ‘Cleaner Greener Penang’ yang sering diucapkan oleh pemimpin DAP hanyalah tipu semata-mata, kerana P.Pinang kini semakin ‘nazak’ dibawah pemerintahan mereka. – Utaranews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s