Janna Nick Tarik Balik Hasrat Nak Tarik Diri Lepas Dipujuk

Sekarang ni Miss tengok dah ramai pelakon yang menjadi penyanyi.. Selain Fazura, pelakon baru yang semakin popular sekarang, iaitu Janna Nick pun dah mencuba menjadi penyanyi jugak.. Siap ada single sendiri!

Sebelum ni, pelakon cantik Janna Nick pernah mengambil keputusan untuk menarik diri daripada separuh akhir Muzik-Muzik 31 yang bakal berlangsung 4 November nanti.. Kononnya dia tak berani nak bertanding kerana sedar tahap vokal dan kemampuannya sebagai penyanyi yang tak berpengalaman..

Bagus lah dia sedar diri, tak macam seorang artis tu bukan main yakin menyanyi secara live, walaupun tahu suara tak sedap.. Tetapi tup-tup hari ni, Miss dengar Janna dah tarik balik hasratnya untuk menarik diri selepas dipujuk oleh penulis lirik dan composer lagu Mungkin Saja iaitu Kunci Demak..

Amboii.. Nak kena pujuk bagai pulak noh! Apa-apa lah Jannah, Miss harap dia buat terbaik lah masa separuh akhir nanti.. Menang atau kalah, itu lain cerita lah.. Biasa lah adat bertanding.. Miss tengok para peminat pun memberi sokongan kepada Jannah..

Setengah tu siap membanding-bandingkan Janna dengan Ayda Jebat dan Fazura.. Ramai yang mengatakan lagu Janna lebih baik daripada lagu Ayda.. Ayda dikatakan gedik dan syok sendiri.. Begitu jugak digelarkan kepada Fazura.. Kalau Ayda dan Fazura tahu ni, panas bontot dorang.. Hahaha.. – Misshana/Utaranews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s