Hantaran sampai RM 20 ribu tapi kantoi hanya tahu masak meggi..

 

c

Aku nak cerita kisah dalam hidup aku ni. Aku ni dah lama membujang kira dah nak masuk umur 40 lah senang cerita. Memang jadi adatlah orang akan tanya bila nak kahwin la apa la semua.

Jadi nak senang cerita aku suruh la mak aku sendiri yang carikan jodoh untuk aku. Boleh jugalah dia jaga makan pakai aku. Aku ni jenis orang yang sibuk so memang tak de masa sangat lah nak cari jodoh apa semua ini.

Lepas dalam sebulan dua macam tu, mak aku cakap dia dah jumpa dah jodoh yang sesuai untuk aku. Dia seorang yang baik nanti terjagalah makan pakai kau semua. Jadi aku pun setuju.

Aku tanyalah mak aku berapa wang hantaran? Mak aku cakap dalam rm 20k. Aku pun iya kan lah sebab wang tidak menjadi masalah untuk aku. Bukan nak berlagak, dah kalau mak aku cakap dia serba serbi bagus plus cantik lagi so tak lah jadi masalah kat situ.

Nak tahu apa yang jadi masalah dia? Masalah datang lepas aku kahwin. Aku terkejut betul bila dia langsung tak reti masak! Ada satu hari tu, aku balik kerja penat-penat ingat-ingat adalah makanan bawah tudung saji.. Korang nak tau apa yang ada bawah tudung tu? Ada botol kicap jek. Tak pe biar aku tanya sendiri bini aku

“awak tak masak ke hari ni”
“tak, apa kata hari ni kita makan luar..saya teringin sangat makan kat kedai baru bukak tu”

Kalau sehari dua ok lah dia ajak makan luar, last-last aku tak puas hati aku tanya betul-betul isteri aku ni. Dan dia sendiri mengaku yang dia tak pandai masak dan tak pernah nak belajar masak.

Aku pun cakap la, habis sebelum kahwin mak saya cakap awak reti masak? Nak tahu dia cakap apa yang sampai hari ni aku tak boleh lupa.., dia cakap dia reti masak maggi jek! Hampeh betul! Dia ada cakap kat aku lagi yang sebenarnya dia memang tidak minat nak memasak

Aku tak kira, aku akan hantar dia jugak kelas memasak. Buat malu jek hantaran sampai beribu-ribu masak pun tak reti.

Yang paling teruk, pernah ada sekali tu dia suruh aku beli je sarapan kat luar sebab dia tak tahu nak buat goreng pisang yang aku minta. Tolonglah kaum hawa, masak tu benda basic kot!

*sumber laman Facebook KRT

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s