Gerakan Dakwa Ramasamy Kuat Temberang

3-copy

Tindakan Timbalan Ketua Menteri DAP P.Pinang, P Ramasamy yang menyalahkan penganjur Penang Run diatas kegagalan menjaga sensitiviti masyarakat India negeri ini, dikritik hebat oleh wakil parti Gerakan hari ini.

Naib Ketua Pemuda Gerakan negeri P.Pinang, H.Puvaniten menyifatkan perbuatan Ramasamy yang cuba lari dari tanggungjawab, adalah perbuatan untuk memperbodohkan rakyat.

Menurut Puvaniten, Ramasamy telah memainkan isu Penang Run ini sejak bertahun-tahun lamanya dan pernah menyalahkan parti Gerakan yang dituduh tidak sensitif menganjurkan Penang Run pada tahun 2013.

Ramasamy tidak pernah putus asa untuk menipu rakyat apabila sekali lagi memainkan isu yang sama, dengan menyalahkan pula penganjur Penang Run dan MBPP pada tahun ini.

Ramasamy bertindak demikian apabila masyarakat India menyalahkan kerajaan DAP didalam isu penganjuran Penang Run pada hari kedua sambutan perayaan Deepavali di P.Pinang.

Puvaniten juga menempelak Ramasamy yang cuba berbohong dengan mengatakan sudah mengarahkan penganjur Penang Run menangguhkannya, dan mereka telah meminta maaf kepada seluruh masyarakat India di negeri ini.

Tetapi yang sebenarnya berlaku ialah, penganjur tidak pernah meminta maaf dan tetap akan meneruskan Penang Run pada tarikh tersebut.

Ramasamy juga seolah-olah mahu mengatakan kerajaan DAP negeri tidak terlibat didalam penganjuran tersebut, walhal di banner Penang Run itu sendiri tertera logo besar kerajaan DAP P.Pinang.

Mengapa Ramasamy cuba untuk mengelirukan rakyat, khususnya masyarakat India didalam isu yang sensitif begini? Adakah ini semua yang diajar oleh DAP hinggakan pemimpin-pemimpinnya begitu mahir temberang rakyat? – Utaranews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s