DAP Juara Rasuah Di P.Pinang Walaupun Baru 8 Tahun Memerintah

4-copy

Walaupun boleh dikatakan masih baru memerintah negeri P.Pinang, tetapi kerajaan DAP sewajarnya berbangga kerana mereka mampu menjuarai indeks rasuah di negeri ini.

Lim Guan Eng selaku Ketua Menteri juga patut berbangga kerana DAP pimpinannya berjaya mengatasi rekod 40 tahun parti Gerakan yang memerintah tanpa rasuah.

Sebelum dipilih menjadi kerajaan, DAP dan Guan Eng mendabik dada kononnya merekalah juara menentang rasuah dan kononnya mahu menyelamatkan negara dari pemimpin yang korup.

Rupa-rupanya, rakyat tertipu apabila mendapati DAP lah yang sebenarnya ‘juara rasuah’ didalam negara tetapi mereka sibuk menunding jari kepada orang lain untuk menutup kesalahan mereka.

Presiden Gerakan, Mah Siew Kiong dalam satu kenyataan medianya berkata, hanya 8 tahun diperlukan oleh DAP untuk mencatatkan 3 dakwaan rasuah dikalangan pemimpin mereka di P.Pinang.

Sebelum ini, bapa kepada Adun Sungai Pinang didakwa menerima rasuah, sebagai pertukaran kepada rumah kos rendah oleh rakyat yang terdesak mahu memiliki rumah sendiri.

Walaupun kerajaan DAP dan Adun terbabit tidak mengaku terlibat didalam hal tersebut, ianya tetap menjadi bualan rakyat yang semakin hilang kepercayaan kepada parti berkenaan.

Dan yang terkini, 2 pertuduhan rasuah terhadap Ketua Menteri P.Pinang sendiri di Mahkamah berkaitan pembelian banglo berharga RM 2.8juta di Jalan Pinhorn.

Guan Eng bagaimana pun tidak mengaku bersalah didalam kedua-dua pertuduhan tersebut, sebaliknya beliau mendakwa menjadi mangsa kepada sandiwara politik pihak tertentu yang mahu menjatuhkannya. – Utaranews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s