Afif Dikecam Kerana Cuba Tutup Perangai Guan Eng Yang Kaki Menipu

1-copy

Adun PKR Seberang Jaya, Dr Afif Bahardin hari ini dikecam kerana cuba mempertahankan Ketua Menteri P.Pinang, Lim Guan Eng didalam isu hasil perikanan dan industri sangkar ikan.

Setiausaha parti Gerakan negeri P.Pinang, H’ng Chee Wey dalam satu kenyataanya kepada media memberitahu, Afif tak sepatutnya sibuk mempertahankan ‘bosnya’ yang sudah memang tidak boleh dipertahankan lagi.

Beliau turut menempelak Afif yang sedaya upaya mahu menegakkan perkara yang bercanggah dengan hakikat sebenar, hanya semata-mata mahu menunjukkan Lim Guan Eng seorang Ketua Menteri yang bagus.

H’ng berkata, didalam keghairahan Afif untuk mempertahankan Guan Eng, dia telah terlepas perkara penting iaitu pembohongan Ketua Menteri itu tentang fakta sebenar industri ikan di Pulau Pinang.

Afif juga dinasihatkan agar jangan meniru sikap Guan Eng yang suka menipu rakyat P.Pinang dengan kenyataan putar belit kerana rakyat kini bukannya kuno dan tidak boleh berfikir

Menurut H’ng, persoalan yang ditimbulkan ialah tentang pembohongan Guan Eng ketika membuat kenyataan didalam dan luar negeri, bahawa Kerajaan DAP lah yang memulakan industri ikan dalam sangkar di P.Pinang.

Kenapa pula Afif sibuk mendedahkan tentang keberkesanan tentang industri ikan didalam negeri, sedangkan yang ditanya ialah kenapa Guan Eng berbohong.., ujar H’ng.

Sebelum ini, Pengerusi Barisan Nasional P.Pinang Teng Chang Yeow mendedahkan bahawa Lim Guan Eng telah berbohong kepada rakyat, mengenai industri perikanan P.Pinang yang kononnya dimulakan oleh kerajaan DAP.

Guan Eng mendakwa bahawa kerajaan DAP pimpinannya lah yang telah memulakan industri yang mendatangkan hasil berbilion ringgit di negeri itu melalui pentadbiran Cekap, Amanah dan Telus (CAT) pada tahun 2008.

Statistik Jabatan Perikanan Malaysia pula menunjukkan fakta yang bertentangan dengan kenyataan Guan Eng iaitu, industri ikan dalam sangkar di P.Pinang sudah wujud sejak tahun 2001.

Ini jelas membuktikan Lim Guan Eng memang kaki menipu dan ditambah burukkan lagi dengan exco negeri yang suka mempertahankan penipuan bosnya tersebut. Sangat memalukan!! – Utaranews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s