Rumah Guan Eng Akan Jadi Sasaran Penunjuk Perasaan Jika Enggan Letak Jawatan

2-copy

Menurut wakil Pemuda Bangkit yang ditemui semalam, rakyat P.Pinang akan mengadakan siri tunjuk perasaan di luar rumah Lim Guan Eng pula selepas ini, jika Ketua Menteri itu masih berdegil untuk tidak meletakkan jawatan.

Selain melabelkan Guan Eng sebagai mempunyai masalah pendengaran, kumpulan Pemuda Bangkit juga turut melabelkan Setiausaha DAP terbabit sebagai bapak rasuah.

Sebelum ini, kumpulan Pemuda Bangkit tersebut telah mengadakan demonstrasi di kawasan tarikan pelancong, iaitu Persiaran Gurney.

Semalam kumpulan yang sama juga yang dianggarkan berjumlah 1500 orang, berkumpul pula di kawasan tingkat bawah Komtar untuk mendesak Ketua Menteri P.Pinang itu meletakkan jawatan.

Didalam memorandum yang diserahkan kepada wakil Ketua Menteri semalam, kumpulan Pemuda Bangkit turut menggesa agar kebajikan rakyat P.Pinang diutamakan oleh kerajaan DAP negeri.

Mereka mendakwa kerajaan DAP dan Lim Guan Eng mengabaikan pembangunan untuk golongan miskin dan juga, hanya menumpukan kepada projek perumahan mewah di lereng bukit sehingga merosakkan alam sekitar.

Kerajaan DAP dan Lim Guan Eng juga didakwa merosakkan ekosistem perairan P.Pinang, apabila terlampau rakus melakukan penebus gunaan tanah di pesisir pantai sehingga menjejaskan nelayan.

Lim Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP sebelum ini sibuk menunding jari kepada pemimpin kerajaan, yang dianggap mengkhianati kepercayaan rakyat dengan menyalahgunakan kuasa.

Kini Guan Eng sendiri terjerat dengan kata-katanya apabila didakwa di mahkamah atas tuduhan rasuah, dan juga menggunakan kuasa Ketua Menteri bagi membeli sebuah banglo dengan harga yang sangat murah.

Tindakan Guan Eng tersebut telah membuatkan majoriti rakyat di P.Pinang semakin hilang kepercayaan kepada kerajaan DAP negeri, dan Guan Eng kini dianggap sebagai Ketua Menteri yang paling korup dalam sejarah P.Pinang. – Utaranews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s