Prestasi Pelaburan Di P.Pinang Merosot Teruk Dibawah Kerajaan DAP

1-copy

Prestasi pelaburan di P.Pinang dilihat semakin jatuh walaupun Ketua Menteri, Lim Guan Eng mendabik dada mengaku ekonomi negeri sangat memberansangkan.

Sejak beberapa minggu lalu, Lim Guan Eng dan kerajaan DAP negeri sering mendakwa mereka telah berjaya menaikkan ekonomi P.Pinang dengan menunjukkan statistik KDNK yang dikeluarkan oleh Penang Institute.

Tetapi laporan dari Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) pula, menunjukkan prestasi yang sangat berbeza mengenai ekonomi negeri ini yang didakwa sangat baik tersebut.

Menurut laporan berkenaan, tahun ini pelaburan di P.Pinang hanya mencatatkan jumlah sebanyak RM 3.77 billion sahaja dari bulan Januari hingga Ogos, berbanding RM 5.34 billion pada tahun lalu.

Jumlah itu menunjukkan penurunan hampir 50 peratus dari tahun lepas dan ianya sangat membimbangkan kerana P.Pinang dikenali sebagai sebuah negeri yang berasaskan industri.

Jika keadaan ini berterusan, rakyat negeri ini khususnya mereka yang terbabit dengan sektor perindustrian akan menghadapi masalah kehilangan sumber pendapatan.

Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri, DS Zainal Abidin Osman pula menggesa kerajaan DAP negeri mencari jalan untuk meningkatkan lagi pelaburan negeri dalam tempoh terdekat.

Menurut beliau, Ketua Menteri Lim Guan Eng sewajarnya berkerjasama dengan MIDA bagi meningkatkan usaha-usaha pelaburan dan juga mengembalikan semula kepercayaan pelabur di negeri ini.

Beliau juga mahu kerajaan DAP memikirkan tentang kebajikan rakyat negeri yang bakal terhimpit, jika sesuatu yang buruk seperti pembuangan pekerja akibat dari pelaburan yang tidak memberansangkan di P.Pinang. – Utaranews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s