PPBM Guna Gambar Nik Aziz Untuk Pujuk PAS Bersatu Pada PRU14

ppbm-guna

Sebelum ini PAN pernah kaitkan isu Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat berkenaan menyokong perhimpunan haram BERSIH. PAN mendakwa, sekiranya Nik Aziz masih hidup berkemungkinan beliau akan menyeru seluruh ahli PAS untuk turun beramai-ramai semasa perhimpunan itu berlangsung. Hal ini kerana PAS mendakwa, mereka tidak akan menyertai BERSIH pada kali ini.

Dengan menggunakan nama Nik Aziz, PAN berharap taktik mereka itu akan berjaya memujuk PAS untuk turut menyokong perhimpunan BERSIH pada kali ini. Malangnya PAN pula ditempelak oleh pemimpin PAS kerana menggaitkan nama Nik Aziz dalam perhimpunan haram itu.

Bukan saja PAN cuba mempolitikkan nama Nik Aziz tetapi PPBM juga cuba memujuk PAS untuk bersatu bersama mereka pada PRU14, dengan memuat naik gambar Tun Mahathir bersalaman bersama Nik Aziz dengan status ‘kan bagus kalau kita bersatu untuk tujuan yang baik’. Kononnya PPBM mahu menunjukkan hubungan baik ini akan membuka pintu kerjasama diantara PAS dan parti bunga.

Boleh jadi PPBM mahu menunjukkan bahawa Tun M sangat rapat dengan Nik Aziz, jadi sekarang mungkin masa yang tepat untuk PAS bersatu dengan PPBM bagi menggulingkan BN. Namun pemimpin PAS mungkin tidak lupa mengenai Tun M yang dilihat alergik dengan parti Islam, dan pada masa dulu beliau juga pernah dikatakan menghina ulama PAS.

Sampai sekarang PAS masih berdiam diri dan belum membuat keputusan untuk bersekongkol bersama PPBM. Boleh jadi dengan mempamerkan adegan bersalam bersama arwah Nik Aziz, parti bunga menaruh harapan untuk bekerjasama dengan PAS nanti. Sebelum ini agenda PPBM untuk bersama PKR telah berhasil, setelah berjumpa dengan Anwar.. Mungkinkah dengan memuat naik gambar seperti ini akan memberi kesan kepada hubungan kedua-dua parti.

Walaupun PPBM menghasut pemimpin PAS bersama mereka dengan menggunakan pelbagai cara. Ia dilihat mustahil kerana PAS telah menegaskan bahawa mereka tidak mahu bersekutu bersama PAN dan DAP. Mustahil PAS akan bekerjasama bersama parti bunga kerana mereka dilihat mesra Pakatan Harapan. – HanezDot/Utaranews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s