Pembangkang Jangan Cepat Melatah Tanpa Usul Periksa!!

macai-pembangkang

Macam-macam perangai individu pro pembangkang ini, bila kerajaan umumkan pelbagai inisiatif untuk rakyat dan pembangunan negara dikatakan gula-gula. Hakikatnya kerajaan telah menentukan perbelanjaan yang secukupnya untuk menjamin keselesaan hidup rakyat Malaysia.

Yang menjadi masalah sekarang ini adalah individu yang tidak tahu bersyukur dengan apa yang diperolehi daripada kerajaan. Apabila kerajaan umum kenaikkan BR1M, pro pembangkang dikatakan tidak kecoh kerana mereka juga merupakan penerima tegar bantuan itu. Bila ada desas desus mengenai kenaikan harga minyak masak, mulalah nak meroyan dan menuding jari salahkan kerajaan.

Agaknya golongan ini tidak faham sebab dan faktor-faktor kenaikan harga sesuatu barangan. Jangan hanya tahu menuduh, sekiranya tidak tahu tujuan asal kerajaan mengumumkan sesuatu kenaikan. Pembangkang memang cepat melatah dan memberi info yang tidak jelas serta mengelirukan rakyat.

Mengenai desas-desus kenaikan harga minyak masak, kerajaan akan mengikut harga pasaran bagi mengelakkan kerajaan menanggung kos subsidi hampir RM100 juta sebulan susulan harga minyak sawit proses yang mencecah peningkatan bagi setiap tan. Bagaimanapun kerajaan akan memastikan golongan sasaran yang memerlukan dapat menikmati subsisi kerajaan.

Pembangkang tidak perlu memutar belitkan isu kerana kerajaan mempunyai cara yang tersendiri untuk menangani hal ini. Bagi menentukan rakyat tidak terbeban, kerajaan sentiasa akan berusaha mengekalkan subsidi minyak masak untuk dinikmati golongan sasaran. Harga minyak masak 1kg dikekalkan dengan harga RM2.50.

Langkah kerajaan mengurangkan subsidi ini bukan saja disebabkan kenaikan harga pasaran, tetapi ia juga dipengaruhi oleh sindiket yang menjual minyak masak ke sempadan dengan menggunakan pembelian minyak masak bersubsidi oleh warga negara jiran. Jadi pembangkang jangan hanya tahu menuding jari kepada kerajaan kerana banyak faktor lain yang menjadi penyebab kenaikan harga minyak masak. – HanezDot/Utaranews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s