Nas T Dan Atita Haris Akan Dapat Anak Lelaki

Nama pelakon Nas Muammar Zar bin Nasruddin atau lebih dikenali sebagai Nas T, bukan setakat bergelar pelakon jer.. Malah Nas-T merupakan seorang DJ, pemuzik dan jugak model.. Semuanya dia bolot! Hahaha.. Nas T mula popular menerusi watak Abu dalam siri tv ‘KAMI’..

Namun kerjaya Nas T sebagai pelakon dah semakin ‘slow’ sekarang.. Dah tak minat berlakon ke Nas T?? Miss tengok Nas T aktif sebagai DJ jer sekarang.. Tapi Miss bukannya nak menceritakan pasal kerjaya Nas T pun, tapi mengenai keluarga yang dibinanya bersama selebriti Instagram cantik, Atita Haris..

Tak lama lagi Nas T bakal menerima kedatangan orang baru di dalam hidupnya selepas Atita disahkan mengandung.. Miss tengok Nas T dah tak sabar menanti orang baru tu, tengok jer lah status yang dimuat naik di laman sosial Instagram beliau..

Bukan main excited dia tayang baby bump Atita dengan kapsyen ‘Baby sado’.. Baby sado?? Nas T bakal menimang cahaya mata lelaki ke?? Kalau macam tu, tak lama lagi Nas t ada ‘geng’ lah.. Yela, dia pun dah ada seorang anak perempuan tiri.. Perfect sangat lah, dah jadi sepasang!

Tapi Nas T tak mengiyakan sama ada dia bakal menimang cahaya mata lelaki atau tak, cuma berkias-kias macam tu jer lah.. Tak kisah lah lelaki atau perempuan, Miss harap segalanya berjalan lancar lah yer.. – Misshana/Utaranews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s