Nabil Ahmad Ditamatkan Kontrak Sebagai Pengacara Gegar Vaganza 3!!

q

Sejak dikecam netizen gara-gara membuat lawak bodoh terhadap Elly Mazlein, nama pelawak Nabil Ahmad semakin menjadi bualan hangat sampai sekarang.. Walaupun Nabil sudah meminta maaf dengan Elly Mazlein, baru-baru ni..

Elly pun ada respon jugak pasal isu lawak ni, tapi dia tak marahkan Nabil pun. Dia paham disebalik lawak Nabil tu.. Miss ingatkan kontroversi panas ni akan kembali reda selepas kedua-dua pihak dah selesaikan dengan cara baik.. Rupa-rupanya tidak u’olls!

Yang lagi panasnya sekarang!! Tup-tup Miss dengar gara-gara kontroversi panas itu, kontrak Nabil sebagai pengacara program Gegar Vaganza 3 bakal ditamatkan.. Habis lah Nabil! Dek kerana mulut macam longkang, habis job ditarik balik..

Berdasarkan sumber yang Miss dapat, pihak Astro mengambil tindakan terhadap Nabil kerana tidak dapat menerima lawak terlampau Nabil! Memang dah terang-terang lawak yang dibuat Nabil tu melampau.. Agak-agaklah kalau nak berlawak sekali pun, ini buat lawak tak kena dengan tempat langsung.. Siaran langsung pulak tu..

Tetapi bila ditanyakan kepada tuan empunya badan sendiri, Nabil menafikan dia bakal ditamatkan kontrak sebagai pengacara program Gegar Vaganza kerana tidak terima sebarang notis daripada pihak Astro..

Apa-apa pun kita tunggu la konsert Gegar Vaganza minggu ke-3 nanti.. Kalau korang buka televisyen tengok ada lagi muka Nabil.. Memang Nabil masih lagi ‘selamat’.. Kalau tak ada dia, maknanya selepas ni kalau Nabil nak buat lawak tu.. Diharap lebih berhati-hati lah ye… – Misshana/Utaranews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s