MIC Anggap Ramasamy Penakut Nak Jaga Masyarakat India Di P.Pinang

5-copy

Walaupun Deepavali hanya tinggal beberapa hari saja lagi, sambutan perayaan tersebut sangatlah hambar di P.Pinang khususnya dikawasan Little India, di Georgetown.

Tiada sebarang perhiasan mahupun persiapan dari kerajaan DAP negeri yang diletakkan dikawasan tumpuan masyarakat India, dan juga kawasan perniagaan komuniti berkenaan.

Ia membuatkan sambutan Deepavali kali ini sangat suram dan hambar tanpa sebarang daya tarikan, berbanding di negeri-negeri lain yang menyambutnya dengan meriah.

Hasil tinjauan dikawasan Little India di Georgetown yang terletak dibawah kawasan tapak bersejarah Unesco, masyarakat India di sana menyatakan kekesalan mereka kerana sambutan Deepavali tidak diendahkan oleh kerajaan DAP negeri.

Mereka juga berasa diabaikan oleh kerajaan negeri yang selama ini melaung-laungkan kesamarataan kaum. Kini sebaliknya berlaku, apabila perayaan utama masyarakat India di negeri ini sendiri tidak diberi perhatian.

Ahli Jawatankuasa MIC Pusat, J Dhinagaran ketika dihubungi pula mengecam Timbalan Ketua Menteri P.Pinang, P Ramasamy yang dianggap sebagai penakut dan hanya tahu bersembunyi di belakang Lim Guan Eng.

Ramasamy diingatkan agar mengutamakan masyarakat India di P.Pinang kerana mereka juga mempunyai hak yang sama di negeri itu didalam meraikan sambutan perayaan seperti orang lain.

J Dhinagaran menjelaskan, tindakan pengecut Ramasamy itu juga tidak akan dilupakan sama sekali oleh masyarakat beragama Hindu di P.Pinang, terutamanya di Pilihanraya Umum akan datang.

Beliau turut mempersoalkan mengapa masyarakat India di P.Pinang dilayan oleh kerajaan DAP seperti penduduk kelas kedua di negeri mereka sendiri?

Beliau juga mempertikaikan adakah perbuatan kerajaan DAP negeri yang melayan masyarakat India dengan begitu teruk di P.Pinang, adalah kerana mereka minoriti di negeri terbabit?

Menurut beliau, nasib masyarakat India di P.Pinang tidak berbeza dengan masyarakat India di Selangor yang juga diabaikan sambutan perayaan Deepavali nya. – Utaranews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s