Mat Sabu Yakin Mahathir Akan Bantu PAN Rampas Kelantan Dari PAS

6-copy

Dalam satu ceramah di Kelantan, Mat Sabu dengan yakin menyatakan bahawa negeri yang kini ditadbir oleh PAS tersebut bakal diambil alih oleh Amanah pada Pilihanraya Umum akan datang.

Mat Sabu yang juga merupakan Presiden Amanah mendakwa, pengundi-pengundi Kelantan yang berada di luar negeri tersebut sudah mula bosan dengan parti Islam terbabit.

Mat Sabu menganggap pemimpin-pemimpin PAS telah mengkhianati Islam apabila berkerjasama dengan kerajaan BN yang selama ini ditolak oleh rakyat Kelantan.

Sambil menyamakan Kerajaan BN dengan kerajaan Kamal Attaturk di Turki, Mat Sabu atau nama sebenarnya Mohamad bin Sabu juga berkata, kerajaan zalim tidak patut disokong oleh golongan agama.

Selain itu, PAS juga dianggap seperti kera sumbang kerana memilih untuk keluar dari Pakatan Harapan dan mahu jadi pembangkang secara bersendirian.

Bekas pemimpin PAS itu juga menganggap Tun Mahathir akan membantu Pakatan menumpaskan kerajaan DS Najib Razak di pilihanraya umum akan datang dengan kebijakannya berpolitik.

Mahathir didakwa menjadi senjata utama Pakatan didalam usaha menjatuhkan kerajaan BN, sekaligus usaha untuk menawan Putrajaya yang diperjuangkan oleh Pakatan pembangkang.

Sebelum ini, Mat Sabu pernah dipenjarakan oleh Mahathir melalui akta I.S.A sebanyak 2 kali, diatas kesalahan menghasut rakyat Malaysia agar membenci kerajaan pimpinan Mahathir.

Mat Sabu juga yang bertanggungjawab mempopularkan gelaran Mahafiraun kepada bekas Perdana Menteri tersebut, sehingga rakyat mendesak Mahathir meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri pada tahun 2003. – Utaranews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s