Lepas Kutuk Presiden PAS Dan Kerajaan, Penyokong PAS Ini Nekad Terjun Jambatan

4-copy

Kecewa dengan Presiden PAS yang berbaik dengan UMNO, menjadi antara status terakhir yang ditulis oleh seorang lelaki melayu yang dikatakan membunuh diri di Jambatan kedua P.Pinang, semalam.

Lelaki berkenaan yang dipercayai seorang penyokong tegar PAS, turut menyatakan dia lebih rela membunuh diri daripada dipenjara atas kesalahan menyeludup rokok baru-baru ini.

Selain menyalahkan kerajaan diatas kesusahan yang menimpa dirinya, lelaki melayu itu juga berpesan agar orang ramai membantu menyara hidup 2 anaknya yang masih kecil selepas dia mati.

Hasil tinjauan mendapati, lelaki berkenaan mempunyai kehidupan yang boleh dikatakan baik dan juga keluarga yang bahagia jika mahu dibandingkan dengan golongan miskin di negeri ini.

Rata-rata netizen dilaman sosial menganggap lelaki terbabit mungkin ada masalah lain yang disembunyikan dari pengetahuan umum, dan mungkin mempunyai perancangan tertentu disebalik kejadian terjun jambatan berkenaan.

Kebanyakan Netizen turut mengecam perbuatan lelaki berkenaan yang kononnya mahu berkorban demi rakyat negara ini. Perbuatan tersebut dianggap sebagai bermotifkan politik kerana sengaja mahu meniru punca kekecohan di Timur Tengah.

Perbuatan dosa besar tak boleh dianggap sebagai pengorbanan kerana ia menyalahi peraturan agama yang digariskan oleh Islam. Tambahan pula perlakuan jenayah yang cuba ditutup dengan alasan kemiskinan.

Didalam Islam, membunuh diri dikategorikan sebagai satu dosa besar yang tidak terampun. Rasulullah SAW sendiri menyatakan bahawa umat Islam yang membunuh dirinya sendiri akan dimasukkan ke neraka selama-lamanya.

Orang yang sanggup membunuh diri juga dianggap tidak beriman kerana dia telah mengingkari kepercayaan pada Qada dan Qadar, yang terkandung didalam Rukun Iman yang keenam.

Didalam satu hadis sahih Muslim, Rasulullah SAW menyatakan bahawa umat Islam yang membunuh dirinya, akan disiksa sepadan dengan cara yang ia gunakan untuk membunuh dirinya secara berulang-ulang didalam neraka untuk selamanya. Wallahualam.. – Utaranews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s