Lajim Ukin Tubuhkan Parti Baru Di Sabah

lajim-ukim

Parti politik baru di Sabah sekarang ini muncul ibarat cendawan yang baru tumbuh selepas hujan.. Sebelum ini parti baru Parti Warisan Sabah yang diketuai oleh DS Shafie Apdal baru saja menapak di sana, selepas mendapat kelulusan daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS). Kali ini ada lagi satu parti politik tempatan yang akan muncul.

Dikhabarkan parti baru ini telah dikenali sebagai Parti Harapan Rakyat, parti baru ini juga akan diketuai oleh bekas pengerusi PKR Sabah DS Lajim Ukin. Menurut Lajim, parti barunya itu telah pun mendapat kelulusan daripada ROS dan akan dikenali sebagai Harapan Rakyat.

Menurut Lajim lagi, parti yang mensasarkan penyertaan rakyat Sabah termasuk dari Wilayah Persekutuan Labuan itu terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana parti yang menerima dasar mereka. Beliau juga sudah menyasarkan untuk mempunyai 2,600 ahli parti dalam tempoh sebulan

Spekulasi berkenaan Lajim sebelum ini mengenai ke mana hala tuju beliau selepas keluar daripada PKR, sudah pun terjawab dengan adanya penubuhan parti baru. Lajim dilihat menggunakan platform parti Harapan Rakyat untuk meneruskan karier politik beliau. Namun beliau masih membisu sama ada mahu bekerjasama dengan parti Shafie atau pembangkang di semenanjung.

Mungkin penubuhan parti baru ini akan memberi kesan kepada parti Shafie, kerana kedua-duanya ditubuhkan untuk membela nasib rakyat di Sabah. Perpecahan undi juga akan berlaku kepada pembangkang, sekiranya mereka tidak bersatu menjelang PRU14. Hal ini akan memberi peluang kepada BN untuk menang besar nanti.

Sabah dikatakan bakal meriah pada PRU14 kerana kemunculan pelbagai parti politik khususnya parti tempatan. Kehancuran puak pembangkang di sana pada PRU14 juga semakin jelas kerana mempunyai saingan sesama sendiri. – HanezDot/Utaranews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s