Kim Kardashian Tak Jadi Saman Portal Media Online

Tarik saman pulak dah! Sebelum ni bukan main beriya-iya Kim Kardashian nak saman portal media tu, kerana kononnya memfitnah Kim memalsukan laporan rompakan yang menimpa beliau di Paris sebelum ini..

Berpanjangan pulak kes rompakan ni Miss tengok.. Miss dengar Kim sampai sekarang masih lagi trauma dengan kejadian ngeri yang menimpa dirinya itu.. Korang nak tahu kenapa Kim Kardashian tarik balik saman tu??

Kim Kardashian tarik saman tu balik selepas portal Media TakeOut dikatakan memohon maaf disebabkan menyiarkan artikel yang mengatakan Kim memalsukan laporan dirompak, kerana mahu menuntut insuran palsu bagi barangan kemas bernilai jutaan dolar miliknya yang telah dicuri didalam rompakan tersebut..

Portal media online berkenaan telah mengeluarkan permohonan maaf dalam sebuah artikel baru-baru ini.. Dorang jugak telah memadam semua artikel yang berkaitan dengan fitnah tersebut..

Dorang takut kena saman berjuta-juta dengan Kim lah tu.. Itu yang kalut minta maaf bagai! Hahahaha.. Miss harap Kim pun sedar lah dengan kejadian yang menimpa diri dia ni.. Jangan terlalu menunjukkan sangat dengan kekayaan yang dia miliki tu!! – Misshana/Utaranews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s