Kajol Bergaduh Besar Dengan Karan Johar

Kajol merupakan salah seorang bintang Bollywood yang mempunyai ramai peminat di seluruh dunia.. Beliau dikenali sebagai ‘kekasih’ Shah Rukh Khan didalam filem.. Boleh dikatakan hampir kesemua filem gandingan mereka akan mendapat kutipan pecah panggung.. Gandingan mereka berdua memang tidak dapat dinafikan lagi..

Kalau dorang berlakon memang mantop habis.. Tapi Miss bukannya nak menceritakan pasal mereka.. Miss dengar sekarang nama Kajol menjadi bualan hangat di Bollywood kerana bergaduh dengan pengarah Kuch Kuch Hota Hai, Karan Johar, baru-baru ini..

Pergaduhan dorang dikatakan semakin panas bila Karan menggelarkan Kajol sebagai pengkhianat.. Panas ni u’olls! Apa yang buat Karan marahkan sangat dengan Kajol yer?? Dah bergaduh besar macam ni, memang susah lah nak berbaik balik.., walaupun dorang dah berkenalan lama..

Dorang bergaduh besar sangat tu, bila Kajol dikatakan lebih membela suaminya Ajay Devgan gara-gara pertembungan jadual tayangan filem Karan yang bertajuk ‘Ae Dil Hai Mushkil’ dengan filem Ajay berjudul ‘Shivaay’ yang bakal ditayangkan pada 28 Oktober ni..

Tetapi yang memanaskan lagi keadaan tu, bila Kajol bersuara lancang mengeluarkan kenyataan yang bikin Karan panas.., dengan mendakwa Karan membayar seorang pengkritik filem untuk memburuk-burukkan filem suaminya..

Ajay pulak mengatakan dia sebenarnya tak ada masalah dengan Karan, tapi berang bila ada pihak memburukkan filem terbaharunya itu.. Katanya lagi, masalah itu timbul berpunca daripada si pengkritik filem berkenaan yang memburuk-burukkan filem Ajay.. Gara-gara dia tak nak bayar pengkritik itu untuk membuat ulasan..

Macam-macam hal.. Daripada jadi kawan baik, jadi musuh pulak.. Miss harap pergaduhan ni akan selesai lah.. Tak guna dorang bergaduh, sama-sama mencari rezeki dalam bidang yang sama!! – Misshana/Utaranews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s