Justin Timberlake Bakal Meringkuk Didalam Penjara

Ini bukan kisah Justin Bieber, tapi kisah Justin Timberlake.. Kedua-dua nama selebriti ni memang dah terkenal di serata dunia.. Gara-gara selfie, Justin Timberlake bakal dipenjara.. Tak kan pasal selfie kena penjara pulak?? Apa cer ni??

Penyanyi popular tu bakal diperjara gara-gara berselfie di depan suara pemilihan Presiden Amerika Syarikat, pada 24 Oktober lalu.. Tindakannya tu diketahui oleh pihak pegawai pilihan raya, selepas penyanyi tersebut memuat naik gambar di laman sosial Instagram beliau..

Niat Justin memuat naik gambar tu dikatakan sebenarnya ingin mengajak seluruh warga Amerika Syarikat keluar mengundi.. Tetapi tindakannya mengambil gambar di depan bilik suara itu, adalah satu tindakan menyalahi undang-undang.. Mana boleh selfie!

Akta larangan selfie di depan bilik suara tu pun dah disahkan sejak tahun lalu di Tennesse, Amerika Syarikat.. Tak kan Justin tak tahu kot?? Kalau penyanyi yang terkenal dengan lagu ‘Can Not Stop The Feeling’ tu didapati bersalah, Justin mungkin bakal berdepan dengan hukuman penjara 30 hari dan denda sebanyak USD50..

Tak pasal-pasal berdepan dengan hukuman penjara pulak.. Walaupun nampak kesalahannya kecil, tapi ia tetap menyalahi undang-undang.. Itu lah lain kali fikir dulu sebelum memuat naik gambar.. – Misshana/Utaranews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s