Izara Aishah ‘F***’ Peminat Di Laman Sosial!!

1a

2a

3a

4a

Nama pelakon Izara Aishah kembali meniti di bibir peminat selepas drama lakonan beliau, iaitu ‘Cinta Masam Manis’ ditayangkan di slot Akasia TV3 sekarang ni.. Miss tengok drama tu pun mendapat sambutan hangat.. Ramai yang kata best!

Ramai yang tertarik dengan lakonan Izara bersama pelakon handalan, Zamarul Hisham.. Maklumlah dalam cerita tu seorang gadis muda bercinta dengan seorang lelaki yang agak berumur sikit.. Tapi Miss bukannya nak menceritakan pasal kehangatan drama tersebut..

Ini cerita panas bila Izara dikecam peminat di Twitter, gara-gara maki peminatnya.. Korang tengok tweet yang dimuat naik Izara di Twitternya itu, boleh tahan jugak mulut Izara ni yer.. Apa yang dia marahkan sangat dengan peminatnya sampai keluar ayat ‘What The Fuck’ tu u’olls??

Kalau korang nak tahu, Izara marah sangat bila peminat beliau menggunakan nama dan gambarnya untuk buat ‘duit’.. Izara tak suka lah nama dan gambar dia diguna-gunakan sesuka hati untuk melariskan sesuatu perniagaan tanpa Izara tahu.. Takut kalau ada apa-apa masalah nanti, dia jugak yang kena..

Korang tengok pemilik twitter ‘Hati Perempuan’ tu, asalnya ada nama Izara tapi ditukar selepas kena maki dengan Izara.. Miss difahamkan, ini sebenarnya salah faham jer.. Pemilik akaun twitter ‘Hati Perempuan’ tu memberitahu yang dia sebenarnya bukannya menggunakan nama Izara untuk buat duit pun..

Dia cuma saja-saja guna nama Izara kerana minat dengan Izara sejak menonton drama ‘Cinta Masam Manis’ tu.. Itu jer! Tapi Izara salah faham dan terus maki pemilik akaun tersebut secara terbuka macam tu..

Gara-gara itu jugak, ramai netizen yang mengkritik Izara kerana bertindak melulu dan tak ada adab.. Betul tu! Kalau dia marahkan orang tu sekali pun, Miss rasa Izara tak perlu lah nak maki dengan kata-kata kesat macam tu.. Kan dah timbul salah faham..

Bahasa tu jaga lah sikit, jangan sampai buat peminat menyampah.. Lagi satu tu, kononnya Izara tak tahu pemilik twitter ‘Hati Perempuan’ tu peminat dia.. Tak kisah lah dia tahu ke tak, Miss harap dia jaga adab percakapannya sikit! Jangan biadap sangat!! – Misshana/Utaranews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s