Guan Eng Perlu Tarik Balik Sokongan Pada Bersih 5 Jika Tak Mahu Rakyat P.Pinang Marah

3-copy

Ketua Menteri P.Pinang Lim Guan Eng didesak menarik balik sokongannya terhadap perhimpunan Bersih 5 yang mahu menggulingkan kerajaan Malaysia, jika tidak mahu dianggap pemimpin keji.

Itulah amaran yang dikeluarkan oleh jurucakap kumpulan Pemuda Bangkit sewaktu melakukan tunjuk perasaan di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar), petang semalam.

Guan Eng kini mencatat sejarah sebagai Ketua Menteri P.Pinang yang paling teruk dalam sejarah negeri ini, apabila didakwa di mahkamah atas tuduhan rasuah dan salahguna kuasa.

Ketua Menteri itu juga dianggap sebagai pemimpin negeri yang paling gagal menjaga kebajikan bangsa melayu, apabila banyak kampung-kampung melayu tergadai serta premis perniagaan orang melayu dirobohkan dibawah pentadbirannya.

Sokongan Guan Eng kepada NGO Bersih 5 baru-baru ini juga ditempelak oleh majoriti rakyat di P.Pinang, kerana Guan Eng sendiri terbabit dengan rasuah serta skandal penyalahgunaan kuasa.

Diatas sebab itulah, siri jelajah Bersih 5 di P.Pinang langsung tidak mendapat sambutan dari masyarakat setempat, terutamanya kaum cina sendiri yang selama ini menyokong kuat NGO Bersih.

Kerana penglibatan Guan Eng juga lah, Bersih 5 di negeri ini mendapat imej yang buruk kerana dikatakan sudah lari dari perjuangan asal, apabila membela seorang pemimpin yang korup.

Dikalangan rakyat, Setiausaha Agung DAP tersebut sudah tidak lagi dianggap ‘tokong’ selepas skandal pembelian banglo mewahnya didedahkan kepada umum.

Walaupun demikian, Guan Eng sehingga kini masih berdegil untuk melepaskan jawatannya biarpun didesak oleh penyokong-penyokong DAP sendiri berulang kali. – Utaranews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s