Azmin Ali Kena ‘Sekolah’ Dengan Bekas MB Selangor

Bak kata pepatah baling batu tapi sembunyikan tangan… Dah buat salah tapi tak mahu mengaku… Sebaliknya menyalahkan orang lain pula!

Bekas menteri besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bertindak menyekolahkan kerajaan negeri Selangor agar bertanggungjawab atas kesalahan dan kesilapan yang dorang sudah lakukan.

Sekali Menteri besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali kena sekolah dengan bekas MB Selangor ni… Masakan tidak… Tindakan Azmin yang menuduh UMNO sengaja mensabotaj Sungai Semenyih, umpama dirinya tak mengaku kesalahan sendiri.

Ehhhhh… Pelik! Selangor dibawah pemerintahan UMNO atau Azmin?? Jadi kenapa UMNO pula dipersalahkan! Daripada Azmin sibuk nak salahkan orang lain, lebih baik dia fikir bagaimana cara untuk selesaikan masalah air di negeri tersebut.

Jangan nak menunding jari antara satu sama lain… Derita rakyat tak akan berakhir, selagi masalah air tidak diselesaikan. Dah nama pun Azmin tu MB Selangor, jadi dia la yang perlu selesaikan… Bukannya lempar tahi pada orang lain.

Sekarang ni bukan masa yang sesuai untuk bergaduh… Pengurusan yang rapi harus dibuat agar permasalahan tersebut tidak berulang lagi. Rakyat bukan nak tengok Azmin ni cari kesalahan orang lain.

Tapi rakyat tuntut agar Azmin bertanggungjawab selesaikan masalah yang sekian lama membelenggu hidup rakyat Selangor. Baik tak payah jadi Menteri Besar kalau masalah air pun tak boleh nak selesaikan.

Dalam pengiraan Gomez… Tahun ini sahaja sudah lima kali Selangor mengalami krisis air… Masalah pencemaran air di Loji Rawatan Air Sungai Semenyih baru-baru ini sudah selesai tapi selang beberapa hari perkara tersebut berulang lagi.

Nampak sangat yang Azmin tak anggap masalah tersebut sebagai sesuatu yang serius… Dia buat sambil lewa je… Langsung takde pengurusan air yang cekap! Kalau cekap, takdenye masalah yang sama akan berulang lagi. Jangan nak salahkan orang lain kalau diri sendiri tak pandai tadbir negeri. – TiraGomez/UtaraNews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s