Apa dosa DS Rosmah kepada kumpulan Bersih??

Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin menyoal apa kesalahan dan dosa yang dibuat oleh isteri perdana menteri Datuk Seri Najib Razak, Datin Seri Rosmah Mansor sehingga kumpulan Bersih sanggup meletakkan penyapu pada gambar beliau dan Najib??

Pernah ka DS Rosmah mengganggu-gugat keamanan negara?? Pernahkah DS Rosmah merosakkan dan merampas harta awam?? Pernahkah DS Rosmah menceroboh rumah tangga orang lain?? Soal Bung Mokhtar.

DS Rosmah tak pernah buat perkara terkutuk tersebut… Sebaliknya kumpulan Bersih yang bertindak biadap dengan merosakkan kemudahan awam… Ganggu keamanan dan merosakkan ekonomi negara.

Tapi hakikatnya DS Rosmah yang terpalit kesalahan… Apa dosa isteri perdana menteri tu?? Jelas tindakan Bersih yang menghukum DS Rosmah dilihat sangat melampau! Malah mereka umpama orang jahil dan biadap!

Kalau kumpulan Bersih nak buat kerja berdemontrasi… Selagi tak melanggar undang-undang pihak kerajaan tak kisah. Tapi apa yang silapnya adalah mereka bertindak biadap terhadap pemimpin dan turut terkena tempias adalah isteri pemimpin.

Pengerusi Bersih, Maria Chin Abdullah sepatutnya bertanggungjawab atas segala kesalahan dan kebiadapan yang dilakukan pesertanya…. Maria tak boleh ambil sikap sambil lewa je! Tindakan tegas terhadap mereka yang bersalah harus dilakukan.

Kalau kumpulan Bersih ni ikut lunas undang-undang takpe… Ini tidak… Siap pijak gambar pemimpin dan adakan upacara pengebumian cara orang Cina terhadap pemimpin yang dibenci mereka! Perkara tersebut tidak harus berlaku.

Jika Maria mahu kumpulan Baju Merah dikenakan tindakan… Maka kebiadapan kumpulan Bersih pada demontrasi lalu harus dikenakan tidakan juga. Baru la sama rata, betul tak?? Ini nak orang lain je dikenakan tindakan… Peserta dorang kurang ajar takpe pulak. – Tiragomez/UtaraNews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s