Aeril Zafrel Sindir Drama ‘Suri Hati Mr.Pilot’ Di Laman Sosial

v

Kehangatan drama ‘Suri Hati Mr.Pilot’ yang ditayangkan di saluran Astro memang tak boleh dinafikan lagi, drama tersebut mendapat sambutan hangat dari sebelum ditayangkan sampailah sekarang.. Tak habis-habis orang ramai dok bercerita pasal drama tersebut..

Selain drama ‘Suri Hati Mr.Pilot’ yang tengah meletop tu, Miss tengok drama ‘Patahnya Sebelah Sayap’ yang ditayangkan di TV3 pun agak meletop jugak.. Watak utama yang menghangatkan drama tersebut adalah Aeril Zafrel, Ummi Nazeera dan Izzue Islam.. Miss dengar ramai yang memuji lakonan dorang bertiga..

Gandingan dorang bertiga dikatakan mantap habis! Sayangnya baru-baru ni, drama ‘Patahnya Sebelah Sayap’ telah melabuhkan tirai.. Tapi apa yang menjadi panasnya bila pelakon utama drama tersebut, iaitu Aeril Zafrel dikatakan telah menyindir drama ‘Suri Hati Mr.Pilot’ di laman sosial Instagram baru-baru ni..

Korang tengok status yang dimuat naik oleh Aeril ni, ada sesetengah pihak menganggap Aeril seakan-akan menyindir drama berkenaan.. Kononnya status Aeril tu membawa maksud, supaya orang ramai tak menonton drama berkenaan.. Kebetulan drama tersebut ditayangkan pada waktu yang sama episod akhir ‘Patahnya Sebelah Sayap’ ditayangkan!!

Miss baca status Aeril pun rasa macam dia menyindir, tapi bila ditayangkan kepada tuan empunya badan mengenai perkara itu.. Aeril menafikan hal tersebut.. Aeril cakap dia tak ada niat pun nak menyindir drama arahan Michael Ang tu..

Katanya lagi, kempen menyorok ‘remote’ tu sebenarnya sudah dilakukan sebelum drama berkenaan ditayangkan lagi.. Dia memang sering mempromosikan drama-dramanya di Instagram..

Mungkin kapsyen Aeril yang berbunyi ‘#PatahnyaSebelahSayap pastikan tetap terbang tau. Jangan ada kapal terbang tapi tak terbang-terbang pulak’ tu yang membuatkan ramai salah faham.. Lain kali Aeril kena lebih berhati-hati.. Maklumlah, rakyat Malaysia ni ramai yang jenis sensitif.. Hihihi.. – Misshana/Utaranews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s