Pengarah Imigresen Bagi Amaran Kepada Para Pegawai

6a-copy

Amaran keras telah diberikan oleh Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali terhadap para pegawainya agar amalan dan budaya rasuah dikalangan mereka, serta urusan dengan orang luar dihentikan serta merta.

Hal ini bagi mengatasi masalah dan kemungkinan besar warga asing memberi rasuah kepada pegawai Jabatan Imigresen… Yela, warga asing yang nak masuk ke negara Malaysia secara haram pastinya ada yang merasuah pegawai imigresen.

Bagi mengekang budaya tersebut dari terus berlarutan… Pihak mereka akan menyelaraskan pembaharuan di dalam pentadbirannya. Jabatan Imigresen tidak akan berkompromi dengan mana-mana pegawai mereka yang bersalah menerima atau memberi rasuah.

Ini kerana tindakan kotor tersebut mampu mencemarkan ribuan imej pegawai yang boleh dipercayai. Bukan setakat memberi dan menerima rasuah je… Cubaan untuk memberi rasuah kepada pegawai-pegawai jabatan itu juga bakal dikenakan tindakan.

Pembersihan besar-besaran dalam jabatan itu bakal dilakukan… Mana tahu selama ini ada pegawai mereka yang memberi dan menerima rasuah. Oleh itu, kalau orang luar tak mahu dikenakan tindakan tegas, maka jangan rasuah pegawai imigresen… Itu amaran pengarah tersebut.

Tak kisah la pegawai beliau yang makan suap atau terima hadiah… Duit kopi atau sebagainya… Pemberi rasuah dan penerima rasuah, kedua-duanya akan dikenakan tindakan. Jabatan tersebut dikatakan akan bekerjasama dengan agensi-agensi penguatkuasaan yang lain bagi menghentikan budaya rasuah tersebut.

Dikatakan sejak tahun 2014… Ada sesetengah pegawai imigresen yang tidak bertanggungjawab telah menerima kira-kira RM200 hingga RM2,500 bagi melancarkan kemasukan lebih 16,000 warga asing daripada pelbagai negara keluar dan masuk ke negara ini. Ini bermakna sehingga tahun ini, dorang dah kumpul sebanyak kira-kira RM18 juta. – TiraGomez/UtaraNews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s