Pemimpin PPBM Tak Mengaku Bercakaran Sesama Sendiri Kerana Rebutkan Jawatan

ppbm-nafi

Mana ada pemimpin yang akan mengiyakan jika parti mereka sedang dilanda masalah dalaman. Kononnya pemimpin PPBM saling bercakaran sesama sendiri kerana berebut jawatan di peringkat pusat dan negeri. Tetapi Naib Presiden, PPBM DS Mukhriz Mahathir telah menafikan pimpinan parti itu bercakaran sesama sendiri kerana jawatan.

Tidak pelik sekiranya pemimpin PPBM bersikap seperti itu, kerana penaja parti bunga sendiri telah menunjukkan sikap yang tidak elok.. Perangai busuk yang ingin mengejar kedudukan sebagai Perdana Menteri.

Pemimpin PPBM didakwa berebut jawatan sehingga bercakaran kerana sehingga ke hari ini, parti bunga tidak mengumumkan individu yang layak untuk menjadi pemimpin pusat dan negeri. Disebabkan kegagalan ini, PPBM dilihat mempunyai masalah dalaman yang kronik diantara barisan pemimpin yang ada.

Barisan pemimpin PPBM cukup dikenali, sudah semestinya masing-masing mahu merebut jawatan tertinggi daripada sebelumnya. Masalah tersebut tidak dapat diselesaikan oleh PPBM, sekaligus membuka ruang tuduhan ini terhadap mereka. Sekiranya tidak mengalami sebarang isu, sudah pasti jawatan itu telah pun diisi.

Mukhriz memberi alasan bahawa mereka tidak fokus mengenai jawatan di peringgat pusat atau pun negeri pada masa ini. PPBM cuma mahu mensasarkan kutipan ahli di seluruh negara bagi memperkasakan parti, dan beliau merasakan masih terlalu awal untuk melantik ketua di setiap negeri.

Alasan Mukhriz ini hanyalah mahu menutup isu mengenai kepemimpin parti bunga yang saling berebutkan jawatan.. Jika benar PPBM sedang berusaha dan menumpukan sepenuhnya kepada menambah keahlian, sudah tentu sekarang mereka sudah pun mengumumkan jumlah ahli parti mereka yang sebenar. Namun sampai sekarang, keahlian parti bunga juga masih menjadi tanda tanya kepada semua pihak. – HanezDot/Utaranews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s