Pak Nasir Akan Berlari Lagi Jika Kedah Menang Piala Malaysia

7a-copy

Sejak malam semalam… Stadium Darul Aman sudah dibanjiri dengan ratusan penyokong Helang Merah yang berkampung di perkarangan stadium tersebut, untuk mendapatkan tiket perlawanan Bola Sepak Akhir Piala Malaysia Kedah menentang Selangor.

Pertembungan semula antara Kedah dengan Selangor itu umpama misi membalas dendam, setelah Kedah kalah 2-0 di tangan Selangor pada pertembungan lalu. Para peminat mula membanjiri kawasan Stadium Darul Aman untuk mendapatkan tiket dalam tinjauan siang tadi.

Turut tidak ketinggalan adalah Pak Nasir yang menjadi legenda rakyat negeri Kedah dan kebanggaan Helang Merah, kerana telah berjaya menyempurnakan misi berlari dari Stadium Shah Alam sehingga ke Stadium Darul Aman pada tahun lalu.

Meskipun Kedah tewas pada perlawanan Piala Malaysia pada tahun lalu… Pak Nasir tetap berniat untuk berlari sekali lagi. Tertanya-tanya jugak Gomez, adakah Pak Nasir akan berlari sekali lagi jika Kedah menang Piala Malaysia tahun ini??

Sempat Gomez berjumpa dengan Pak Nasir di perkarangan Stadium Darul Aman tadi… Katanya pada perlawanan Piala Malaysia kali ini… Pak Nasir beriltizam dan nekad mahu berlari sekali lagi dari Stadium Shah Alam balik ke Stadium Darul Aman.

Tapi kali ini jika Kedah berjaya merangkul gelaran juara jela… Kalau tak menang, maknanya Pak Nasir tak akan berlari. Seperti tahun lalu, walaupun Kedah tidak berjaya tetapi Pak Nasir tetap berlari… Kali ni kalau Kedah kalah, takde lagi dah Pak Nasir tu nak lari.

Kuat betul Pak Nasir ni ye, sanggup berlari dari Shah Alam sehingga ke Alor Setar… Gigih betul! Apa-apa pun kita ucapkan selamat maju jaya kepada pasukan Helang Merah. Harap Kedah menang… Boleh la Pak Nasir lari sekali lagi.. Hehhehe!! – TiraGomez/UtaraNews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s